NAJIB BOLEH BEBAS JIKA TERBUKTI KOD ETIKA HAKIM TELAH DILANGGAR – YANA (Berita dari MalaysiaGazette)

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak boleh dibebaskan dari penjara secara serta-merta esok jika panel hakim bagi permohonan semakan kehakiman kes SRC International Sdn. Bhd. mendapati berlaku pelanggaran Kod Etika Hakim dan Perlembagaan Persekutuan. Hujah paling kuat ketika ini adalah sama ada keputusan panel hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat telah melanggar arahan mahkamah yang masih berkuat kuasa dan Kod Etika Hakim dalam Perlembagaan Persekutuan.

VIDEO – BALACI KONSPIRASI SUDAH PANIK, QC AKAN PANTAU UNDANG-UNDANG RIMBA LEGASI PH

Lantas, amatlah wajar DS Najib menggunakan khidmat QC United Kingdon untuk membela dirinya yang dilihat tidak mendapat pembelaan yang adil dan saksama, malah di sekeliling sistem perundangan negara seakan-akan dikawal oleh tangan ghaib, yang dipercayai berselindung di sebalik satu konspirasi politik. Justeru tidak hairanlah bahawa balaci dalam konspirasi menjatuhkan DS Najib kini sedang menggelabah dan diserang sawan dan tidak ketentuan hala. Sekiranya Mahkamah Persekutuan menolak pelantikan Jonathan Laidlaw, Peguam Diraja (QC) dari United Kingdom sebagai wakil DS Najib bagi membelanya daripada ‘Rule of the Jungle’, maka wajarlah rakyat melihat bahawa undang-undang Malaysia tiada lagi keluhuran dan kedaulatan!

APAKAH ADA KEADILAN UNTUK NAJIB APABILA PERBICARAAN MAHKAMAH BERCANGGAH DENGAN FAKTA DAN UNDANG-UNDANG?

Malangnya pihak badan perundangan negara belum lagi menafikan perakuan Tommy Thomas tentang konspirasi menjatuihkan Najib, penglibatan keluarga bekas Gabenor Bank Negara dalam rasuah 1MDB, pendedahan bekas Ketua Polis Negara tentang campur tangan politik dalam badan kehakiman, ektradisi Jho Low yang menjadi saksi utama pembelaan, pegawai tinggi kerajaan dan ahli politik yang didakwa Goldman Sachs sebagai pihak yang menerima rasuah, dan dakwaan bekas Ketua Hakim Negara bahawa Mahathir orang pertama yang masuk campur badan kehakiman. Malahan kebocoran ‘PAS Leaks’ adalah selari dengan semua fakta berkenaan.

ADAKAH HUKUMAN BERSALAH KE ATAS NAJIB HILANG KEABSAHAN SETELAH HAKIM DIDAKWA TERLIBAT DENGAN 1MDB?

Peguambela DS Najib, Shafee Abdullah menuntut sepatutnya Nazlan mendedahkan konflik kepentingannya yang ketara dan melucutkan kelayakan dirinya sebagai hakim perbicaraan kes itu. Lantas, adakah keputusan ‘bersalah’ yang telah dijatuhi ke atas DS Najib dan dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta, masih ada keabsahan kerana terdapat ‘konflik kepentingan’ pada hakim yang mengendalikan kes?

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: