SAIFUDDIN AKAN LAWAN RAFIZI, SI PENGECUT YANG LARI TINGGALKAN MEDAN PERANG

Dr.Mamat Desa

21 Mac 2022

Sekonyong-konyong pakar penghasut PKR, Rafizi Ramli yang terkenal dengan tragedi ‘Langkah Kajang’ mahu kembali aktif setelah sekian lama mengisytiharkan dirinya bersara.

Dia pernah mengeluarkan kenyataan bahawa “setiap hari kita mesti menghasut” yang kadangkala balaci-balaci PKR menjadi ekstrem sehingga hasutan menjadi fitnah untuk memusnahkan UMNO-BN.

Akhirnya mereka berjaya pada PRU14, sehingga manifesto pun menjadi kertas tisu yang tak berguna dan bukannya ‘Kitab Suci’, sebagaimana alasan Dr Mahathir untuk melindungi ketempangan manifesto PH, setelah PH gagal merealisasikan janji dalam manifesto mereka.

Kemudian bangkit perbalahan dalam kelambu PH apabila Mahathir sengaja mahu melaga-lagakan pemimpin PKR supaya kekuatan Anwar lumpuh, dengan melayani Azmin Ali lebih daripada Presiden PKR dengan tujuan melemahkan pengaruh Anwar.

Bagi Mahathir kelemahan pengaruh Anwar penting supaya dia tidak lagi menuntut jawatan PM ketika itu.

Mahathir melantik Azmin sebagai Menteri Ekonomi; satu jawatan yang tidak pernah wujud sebelum ini.

Lantas Anwar mahu Rafizi melawan Azmin dan gantikan Azmin sebagai Timbalan Presiden, walaupun payah kerana Azmin mempunyai pengaruh yang kuat dengan sokongan dana yang utuh ketika dia menjadi MB Selangor.

Kemudian negara dikejutkan dengan pergaduhan di sana-sini dalam kalangan ahli-ahli PKR dalam pemilihan parti yang melibatkan kem Azmin dan kem Rafizi.

Sudah tentu Timbalan Perdana Menteri ketika itu, DS Wan Azizah amat membenci Azmin kerana rekod seks songsangnya yang dikaitkan dengan Anwar.

Dalam perbalahan yang berpanjangan tiba-tiba negara dikejutkan dengan kes video semburit di Sandakan yang terang-terang menjadi satu pukulan libas ke muka Azmin, namun dia selamat kerana PDRM mendapati video semburit itu tulen tetapi pelakon tidak tulen.

Mungkin juga Azmin terselamat dalam kes semburit itu kerana Mahathir sentiasa membelanya.

Manakala sebelum PH berkuasa Rafizi pula terperangkap dengan kes pendedahan empat akaun bank National Feedlot Corporation (NFC) dan dijatuhi penjara 30 bulan.

Dia bernasib baik kerana setelah PH berkuasa dia telah dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada Nov 2019, mungkin atas campur tangan Peguam Negara, Tommy Thomas yang terkenal sebagai pengasas undang-undang rimba.

Sebulan kemudiannya pada Disember 2019, Rafizi isytiharkan dirinya bersara dari politik.

Pada Februari 2020, kerajaan PH tumbang melalui ‘Langkah Sheraton’ yang dikatakan didalangi oleh Muhyiddin dan Azmin.

Sejak itulah Rafizi langsung hilang dari sfera politik ketika orang kuat PKR, Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin meninggalkan PKR untuk bersekongkol dengan Muhyiddin dalam PPBM (Bersatu).

Terkini pada 15 Mac lalu, tiba-tiba Rafizi muncul kembali dalam politik PKR, kononnya atas desakan rakan-rakan yang mahu dia aktif kembali dan bertanding pada pemilihan PKR Mei ini.

Jawatan yang disasarkan oleh Rafizi ialah jawatan Timbalan Presiden yang telah dikosongkan oleh Azmin Ali.

Jawatan Timbalan Presiden adalah penting kerana ia boleh dijadikan merit untuk menggantikan DS Amirudin Shari sebagai Menteri Besar Selangor.

Sebelum ini Ketua PKR Perak, Farhash Salvador dikatakan akan menentang Rafizi, tetapi kemudiannya muncul pula nama Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution. Adakah ia akan menjadi pertandingan tiga penjuru antara Saifuddin, Farhash dan Rafizi?

Sebagaimana dijangkakan pertandingan ini akan menjadi amat panas, kerana ia akan dijadikan tiket untuk jawatan MB Selangor.

Pastinya Anwar mahu Amirudin Shari berundur kerana dia diakatakan penyokong Azmin yang kini sudah tiada lagi dalam PKR.

Pukulan pertama Saifuddin Nasution ke atas Rafizi ialah dakwaan bahawa ‘ketika berlaku pengkhianatan Azmin Ali dalam PKR, Rafizi memilih untuk bercuti,’ tapi kini dia muncul kembali kerana laba besar menanti sekiranya dia menang.

DS Anwar kelihatan tidak bermaya setelah PKR kalah di PRN Melaka, PRN Sarawak dan terkini di PRN Johor. Malah rakannya dari DAP, Lim Guan Eng mahu Rafizi menggantikan Anwar.

Ada juga yang mendesak supaya Anwar meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Majlis Presiden PH. Isu penggunaan logo PKR semasa PRN Johor juga menjadi faktor perbalahan.

Manakala Rafizi diibaratkan panglima perang yang meninggalkan tentera pejuang ketika medan pertempuran sedang bergelegak, dan kini apabila keadaan kembali reda, dia muncul semula menuntut jawatan lebih tinggi.

Mungkin Farhash bukan jaguh ‘heavyweight’ untuk menentang Rafizi, tetapi Saifuddin adalah calon yang paling layak menentang pakar penghasut itu.

Nampaknya perbalahan dalam PKR akan menjadi lebih panas lagi, kali ini Saifuddin melawan Rafizi, yang dilabelkan sebagai panglima pengecut yang telah lari dari medan perang!

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: