DAP LABEL MUHYIDDIN SEBAGAI PENGKHIANAT YANG KINI SIBUK DENGAN ‘LANGKAH CAREY’ PULA

Editorial

21 Mac 2022

Laporan medsos terbaharu telah heboh mendedahkan bahawa PN di bawah kuasa Pengerusi gabungan itu, Muhyiddin Yassin, yang juga merupakan Presiden PPBM (Bersatu) telah mengadakan perjumpaan rahsia bersama-sama dengan parti gabungan PH di Pulau Carey (https://cungkils.com/2022/03/20/ph-pn-mahu-tubuh-gabungan-pakatan-baharu-yang-caca-marba/).

Mungkin segalanya digerakan oleh seruan Dr Mahathir supaya semua parti yang bermusuhan dengan BN-UMNO bergabung dalam satu pakatan ‘besar’ bagi menghadapi PRU15.

Namun apa yang menjadi dorongan kuat kepada Muhyiddin adalah kerana kekalahan Bersatu yang teruk di PRN Melaka dan PRN Johor.

Kekalahan PN-Bersatu telah membangkitkan persoalan tentang partinya yang ‘tidak lagi relevan’, apatah lagi apabila 81% daripada ahli parlimen Bersatu adalah mereka yang telah melompat parti daripada parti lain kerana ugutan diheret ke mahkamah serta sogokan laba.

Tindakan lompat parti dari parti lain ke Bersatu telah mencatat rekod tertinggi dalam sejarah politik Malaysia apabila kabinet kerajaan PN paling ramai terdiri daripada mereka yang melompat parti.

Hakikatnya menjadikan Bersatu tidak popular dalam kalangan rakyat, meskipun dominan dalam kerajaan PN.

Perkara yang paling mengejutkan ialah apabila Ahli Parlimen Labuan (Warisan), Rozman Isli telah melaporkan dalam afidavitnya bahawa beliau telah diugut oleh orang Muhyiddin dan juga SPRM supaya melompat dari parti Warisan masuk ke Bersatu.

Pendedahan Rozman telah membenarkan kenyataan bekas Ketua Polis Negara, TS Hamid Bador, tentang ugutan dan rasuah dalam kes lompat parti.

Terkini usaha Muhyiddin untuk membentuk gabungan besar ‘pakatan baharu’ nampaknya gagal, apabila DAP telah menolak mentah-mentah saranan penubuhan tersebut sebagaimana dibawa dalam perjumpaan rahsia di Pulau Carey baru-baru ini.

Antara lain, DAP telah melabelkan Muhyiddin Yassin sebagai pengkhianat yang telah menyebabkan tumbangnya kerajaan PH pimpinan Mahathir.

Segala tindakan pengkhianatan itu terungkai dalam tragedi ‘Langkah Sheraton’ yang didakwa sebagai konspirasi yang dikepalai oleh Muhyiddin dan Azmin Ali dan kini terdedah pula ‘Langkah Carey’.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, menegaskan DAP, begitu juga dengan Majlis Presiden PH yang diketuai DS Anwar Ibrahim, tidak akan membiarkan ditipu sekali lagi, oleh Muhyiddin Yassin.

DAP mendakwa bahawa mandat rakyat yang telah diberikan kepada PH pada PRU14 telah dirompak pada awal Februari 2020 oleh Ahli Parlimen yang melakukan pengkhianatan atas tawaran jawatan dan wang.

Atas faktor pengkhianatan tersebut, DAP tidak akan bekerjasama dengan PN yang yang dikepalai oleh pengkhianat yang sama.

Sebagaimana kata Lim Guan Eng, “Kalau ditipu sekali, itu salah mereka, kalau kali kedua kita benarkan mereka menipu kita, itu salah kita.”

Guan Eng mengeluarkan kenyataan sedemikian pada Kongres Kebangsaan DAP Ke-17 di Shah Alam.

Dalam tempoh dua tahun selepas tindakan yang dirujuk sebagai ‘Langkah Sheraton’, Malaysia telah terjerumus dalam krisis kesihatan, ekonomi dan kestabilan politik di bawah pemerintahan Muhyiddin Yassin.

Kegagalan dan ketidakcekapan kerajaan PN pimpinan Muhyiddin mempertahankan pandemik COVID-19 menyebabkan lebih empat juta jangkitan dengan 34,000 kematian selain menyebabkan kerugian ekonomi lebih RM500 bilion susulan pelaksanaan ‘total lockdown separuh masak’.

Bukan itu sahaja, kerajaan Muhyiddin juga didakwa telah mempergunakan ‘Ordinan Darurat’ untuk menyekat sebarang tindakan Dewan Rakyat bagi menamatkan pemerintahan ‘kerajaan gagal’ yang dipimpinnya.

Ordinan Darurat dikatakan penting untuk mengekang penularan Covid19, sebaliknya Malaysia telah mencatat sejarah sebagai negara paling teruk di dunia yang dijangkiti Covid19 mengikut kadar jumlah penduduk.

Lantas nampaknya bukan sahaja UMNO-BN yang menterjemahkan Muhyiddin Yassin sebagai pengkhianat kepada parti asalnya UMNO, tetapi dia juga dilabelkan sebagai pengkhianat kepada PH.

Kini dengan ‘Langkah Carey’ pula, Muhyiddin lagi sekali dilihat sebagai pengkhianat kepada parti-parti gabungan PN yang tidak sebulu dengan PH.

Ia merupakan satu tamparan kepada PAS yang memusuhi Amanah dan DAP.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: