BELUM APA-APA LAGI KOMPONEN GTA SUDAH MEMBIDAS SIKAP AUTORITARIAN MAHATHIR

Di tengah-tengah kekecewaan Mahathir itu, Timbalan Presiden Berjasa, Datuk Mohd Rosli Ramli telah mengeluarkan kenyataan bahawa BERJASA berpendirian tidak menyokong sebarang usaha untuk mewujudkan kerjasama dengan PH. Seperti membidas tindakan Mahathir, Mohd Rosli Ramli mengingatkan bahawa segala keputusan GTA perlulah didasari kesepakatan atau konsensus semua parti komponen dan tidak hanya berkisar kepada kehendak peribadi.

RAFIZI TIDAK SABAR MAHU GANTIKAN ANWAR YANG DITERJEMAHKAN TIDAK LAGI RELEVAN SEBAGAI PRESIDEN

Nampaknya Rafizi seperti sudah tidak sabar lagi untuk menggantikan Anwar, setelah dengan beraninya dia menggesa ahli-ahli dalam Kongres PKR supaya tidak mempertahankan Anwar daripada sebarang kritikan kerana peranan penting PKR adalah untuk menarik semula sokongan rakyat terhadap parti itu. Bukan tiu sahaja, Rafizi juga mengingatkan ahli kongres agar tidak terlalu ‘membodek Presiden’, yang pastinya apa yang dimaksudkan ialah Anwar tidak dapat lari daripada kenyataan setelah dua kali dipenjarakan.

ROS BERI NOTIS KEPADA PKR BERKAITAN KEMELUT PEMILIHAN – ADAKAH PKR AKAN DIHARAMKAN?

Patutlah Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Dr Wan Azizah menghemburkan air mata dalam Kongres PKR semalam, dan merungut ada pihak yang kalah pemilihan PKR kini menjadi ‘musuh dalam selimut’. Nampaknya tangisan Wan Azizah untuk menyesali aduan yang dibuat adalah terpesong, kerana sememangnya aduan patut dibuat bukan sahaja kepada RoS malah kepada pihak Polis dan SPRM.

MUHYIDDIN DIGESA LETAK JAWATAN KERANA GAGAL PULIHKAN NEGARA MELALUI MPN

Dengan itu amatlah wajar sekiranya Muhyiddin keluar daripada barisan kabinet Ismail Sabri sebagai Pengerusi MPN bertaraf menteri, apatah lagi alasan yang dijaja oleh Muhyiddin berkenaan tarikh-tarikh sogokan itu telah dibuktikan oleh rekod media sebagai tidak benar. Bukan sahaja Muhyiddin perlu meletakkan jawatan, malahan seluruh organisasi MPN perlu dibubarkan setelah dilihat tiada apa-apa peranan yang tuntas untuk memulihkan negara yang dilihat amat sesak sekarang ini.

DAP MAHU ALIH KES RASUAH GUAN ENG DENGAN DEMONSTRASI KENAIKAN HARGA BARANG

Hakikatnya pada pentas media terkini, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng sedang terkapai-kapai menghadapi kes rasuah ‘Terowong Bawah Laut Pulau Pinang’ setelah pihak kontraktor terlibat menyogok RM1.3 juta kepada Guan Eng. Di samping itu, kegenjotan dalam badan kehakiman negara dengan pelbagai pembongkaran juga telah mendedahkan komplot campur tangan DAP-PH dalam badan kehakiman negara.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: