Editorial
22 Mac 2022
Sebelum ini pun pada 2017, Syed Saddiq sudah dilabelkan sebagai kurang ajar dan biadap oleh beberapa pihak. Malahan kebiadapannya meleret kepada pihak Istana Johor.

Buat kali pertamanya parti pimpinan Syed Syed bertanding di PRN Johor, 12 Mac lalu. Namun ia bukanlah merupakan kekuatan tulen parti ‘Malaysian United Democratic Alliance@MUDA’ itu, sebaliknya ia adalah atas sokongan DAP.
Klise bahawa parti ‘United Democratic Alliance’ (UDA) sebagai parti untuk anak muda hanyalah satu retorik dangkal dan pembohongan belaka kerana daripada nama parti, rakyat boleh tahu ia bukanlah bermatlamatkan ideologi atau falsafah yang mengangkat golongan muda, sebalik adalah parti yang condong kepada ideologi yang didukung oleh DAP atau ‘Democratic Action Party’.
Jika dia adalah parti ‘United Democratic Alliance’, maka siapakah yang menjadi entiti ‘alliance’nya itu selain daripada Democratic Action Party@DAP?
Semuanya boleh dilihat apabila DAP-Amanah yang menawarkan kerusi DUN Puteri Wangsa kepada MUDA, yang majoritinya adalah pengundi kaum Cina 49.95% (31,142), Melayu 38.6% (24,066), India 10.38% (6472) manakala 1.07 % (667) adalah kaum lain.
Daripada enam kerusi DUN yang ditandingi parti ‘UDPA@MUDA itu, hanya DUN Puteri Wangsa sahaja yang dimenanginya.


Jika ada penganalisis menjulang UDA@MUDA kerana menang di DUN Puteri Wangsa, jelaslah mereka buta tentang komposisi kaum pengundi di situ.
Jumlah daftar pengundi di Puteri Wangsa adalah 62,347, apabila calon UDA@MUDA telah mendapat 22,884, amat jelas sekali majoriti yang memilih MUDA adalah sebahagian besarnya kaum Cina yang menyokong DAP dan selebihnya pergi kepada MCA dan Gerakan.
Amatlah salah untuk membuat kesimpulan bahawa UDA@MUDA amat mantap dengan sokongan golongan pengundi generasi muda, apatah lagi kaum Melayu, sedangkan yang menyokongnya adalah penyokong DAP terutamanya daripada kaum Cina.
Malahan penyandang kerusi DUN Puteri Wangsa iaitu Mazlan Bujang dari Bersatu, telah keluar parti kerana dia tahu pengundi Cina di situ tidak akan menyokong Bersatu.
Lihatlah apabila PN juga tidak berani hendaklah meletakkan calon Melayu (dari PPBM@Bersatu atau PAS) sebaliknya meletakkan Loh Kah Yong dari Gerakan.
Lantas kemenangan calon ‘UDA@MUDA, Amira Aisya Abd Aziz bukanlah kerana sokongan generasi muda, sebaliknya adalah sokongan pengundi Cina yang cenderung kepada DAP.
Sebagaimana kata Ketua Wanita PKR, Napsiah Khamis, UDA@MUDA itu, tidak mempunyai jentera pilihan raya, malah tiada akar umbi di Puteri Wangsa, lantas yang membantu mereka adalah jentera DAP.
Lihatlah pula siapakah peguambela yang membela Saddiq dalam kes pecah amanah RM 1 juta wang ARMADA ketika dia bersama dengan Bersatu yang dipimpin oleh Dr Mahathir? Tidakkah Govind Singh Deo yang menjadi peguam belanya yang juga merupakan orang kuat DAP?
Patut sekali apabila Presiden PAS mendakwa bahawa MUDA adalah boneka DAP, yang terbukti pada nama parti itu ‘Unted Democratic Alliance’.

Rakyat Malaysia khususnya para pengundi hendaklah ingat bahawa UDA@MUDA bukanlah parti untuk golongan muda sebaliknya ia adalah parti yang ditubuhkan dengan semangat kerjasama dengan DAP kerana MUDA tiada dana, tiada akar umbi dan tiada jentera parti, untuk kelangsungan survivalnya.
MUDA terpaksa menjadi balaci DAP sebagaimana dakwaan Presiden PAS, dan kini PKR yang merupakan komponen PH amat membenci MUDA dan Syed Saddiq kerana sikapnya yang sama sebagaimana pernah dilabelkan oleh Bersatu iaitu ‘biadap’ dan ‘kurang ajar.’
Lihat sahaja apabila Saddiq berkomunikasi, dia fikir setiap kali dia berbicara, dia sedang menghadapi lawan debat, malah dia amat emosional, opresif dan agresif, dan dia jahil tentang diplomasi.

Sekiranya DAP berpegang teguh kepada prinsip menolak ‘kluster mahkamah’ dan penjenayah, maka sepatutnya DAP menolak Syed Saddiq dan parti yang diterajuinya.
DS Anwar Ibrahim sedar tentang liabiliti MUDA kepada PH, dan dia tidak mahu berkompromi untuk menyogok MUDA dengan kerusi DUN mudah-menang di PRN Johor tempoh hari.
Dengan sikap opresif, empsional dan agresif yang sedia ada pada DNA Saddiq, MUDA telah bertembung dengan PKR di Larkin yang dengan jelas membuktikan sikap khianat Syed Saddiq yang pernah mengancam untuk menentang PKR kerana tidak tunduk kepada kemahuannya.
Adakah ini juga merupakan ajaran kepimpinan autokratik Mahathir kepada Saddiq yang dia anggap sebagai ‘ayahandanya’?

Kini dengan gerakan golongan muda DAP yang mahu Anwar disingkirkan daripada mengetuai Majlis Presiden PH, kehadiran UDA@MUDA sebagai rakan sekongkol PH, akan bertambah mendidih lagi perbalahan PKR-DAP.
******
Tinggalkan Jawapan