Azmin dituduh bertanggungjawab mengepalai 11 ahli parlimen PKR untuk berpaling-tadah menyokong Bersatu pada 2020 sehingga menyebabkan kerajaan yang dikuasai PH tumbang. Walau bagaimanapun Azmin masih merupakan Adun Bukit Antarabangsa dan PRN Selangor nanti akan memperlihatkan adakah Azmin masih relevan untuk terus aktif dalam arena politik negara. Kenyataan Azmin untuk ‘berehat’ pastinya akan mengecewakan pula pemilih di DUN Bukit Antarabangsa yang telah memberikan mandat kepadanya, kecualilah mereka juga telah hilang kepercayaan kepada Azmin.
VIDEO – LIM GUAN ENG CANTAS PERUNTUKAN RM400 JUTA HAK MELAYU, KENAPA ANWAR DIAM?
Adakah jika Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri, adakah dia akan mampu menjamin bahawa hak ekonomi Bumiputera-Melayu akan dipertahankan, memandangkan bahawa DAP adalah parti dominan dalam PH? Adakah selama Anwar berada dalam PH dia pernah membantah dalam Majlis Presiden PH terhadap tindakan memusnahkan ekonomi Bumiputera oleh Menteri Kewangan DAP? Adakah pemimpin DAP sekali lagi diberi jawatan Menteri Kewangan jika Pakatan Harapan dapat membentuk kerajaan selepas PRU15?
VIDEO – ADAKAH UMAT ISLAM REDA ANWAR YANG MENYOKONG MURTAD DIANGKAT MENJADI PM?
Adalah suatu realiti, apabila pemimpin dan intelektual hebat seperti Dr Chandra Muzaffar, Datok Dr Sidek Baba, Datok Dr. Uthman El-Muhamaddy Ezam Mohd Nor dan ramai lagi telah menolak PKR kerana karektor ‘sesumpah’ Anwar yang amat tebal dalam dirinya, serta 'putar alam' sebagaimana didakwa oleh bekas peguam peribadinya Datok Zulkifli Nordin. Allahyarham Dr Uthman El-Muhamaddy pernah mempertikaikan ucapan Anwar di London School of Economics berkenaan pluralisme agama, apabila Anwar mengeluarkan kenyataan bahawa semua agama sama dan semua agama menyembah Tuhan yang sama. Mahathir pula telah mengeluarkan kenyataan bahawa dia ‘tidak mahu peliwat menjadi PM Malaysia’. Lantas, hebat sangatkah Anwar dengan akidahnya yang boleh dipersoalkan serta sokongannya terhadap pemurtadan atas nama hak asasi manusia?
AZMIN ‘KURANG AJAR’ ATAU MAHATHIR MEMANG SUDAH MULA DIHINGGAPI DEMENSIA
Selain itu Mahathir juga telah dikutuk oleh Ahli Parlimen (MP) India, Shri Ravindra Kishore Sinha sebagai pemimpin yang ‘mentalnya tidak lagi berfungsi’ yang membenarkan kenyataan media bahawa dia ‘nyanyok’. Rakan perniagaan matawang dunia yang amat rapat dengannya iaitu George Soros, telah melabelkan Mahathir sebagai si ‘Perasuah yang moron’ apabila membina menara kembar Petronas untuk kemudahan komunikasi sedangkan di sebaliknya adalah konspirasi keuntungan sogokan daripada kroni-kroninya.
PEMIMPIN PH SALAHKAN MAHATHIR ATAS KEGAGALAN KERAJAAN 22 BULAN
Pemimpin PH bosan dengan Mahathir dan merancang supaya Mahathir ditendang dari PH lebih-lebih lagi apabila dia menarik Ahli Parlimen UMNO melompat masuk Bersatu melalui ugutan 'dakwaan terpilih'. Namun segala perancangan PH telah dihidu oleh TS Muhyiddin Yassin, yang sememangnya merupakan pengkhianat politik yang tebal dalam DNA-nya. Akhirnya segala kemelut politik Mahathir-PH selesai melalui ‘Langkah Sheraton’ yang menyaksikan Mahathir bukan sahaja tersungkur sebagai PM Pakatan Harapan, malah ditendang keluar dari Bersatu (PPBM).