KENAPA LENGAHKAN SIASATAN KE ATAS TAWFIQ AYMAN?

Editorial

5 Mac 2022

Pelbagai naratif terhambur setelah siasatan terhadap suami bekas Gabenor BNM, Tawfiq Ayman didedahkan oleh pihak berkuasa Singapura.

Sejumlah USD15.4 juta (RM64.42 juta) telah dikembalikan oleh pihak berkuasa Singapura kepada Malaysia yang dikesan sebagai dana 1MDB daripada syarikat milik Tawfiq Ayman pada Nov tahun lalu.

Sejak Mac 2021, kes penglibatan suami bekas Gabenor BNM menjadi bahan media. Namun hakikatnya kerajaan PH telahpun mengetahui kes penglibatan Tawfiq Ayman sejak hujung tahun 2018 lagi setelah mereka berkuasa.

Timbul persoalan, kenapakah kes DSN begitu cepat mereka hebohkan dan gerakkan siasatan sedangkan kes yang melibatkan bekas Gabenor BNM seakan-akan cuba disembunyikan.

Kini siasatan ke atas Tawfiq Ayman, sebagaimana dibidas oleh bekas Ketua Polis Negara, TS Musa Hassan, seakan-akan sengaja dilengah-lengahkan oleh pihak polis.

Beberapa hari lalu, Timbalan Menteri Undang-Undang, Mas Ermieyati Samsudin berkata polis sepatutnya meneruskan siasatan terhadap Tawfiq di Singapura tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana sempadan telah ditutup.

Manakala SPRM pula memberi alasan bahawa mereka hanya bertanggungjawab mendapatkan kembali wang milik negara yang dipinjamkan kepada 1MDB.

Sebagaimana laporan media, pihak PDRM memberi alasan bahawa penutupan sempadan akibat pandemik Covid19 telah menghalang pihak polis Malaysia untuk menyiasat Tawfiq.

Namun menurut Musa Hassan, meskipun PDRM boleh masuk ke Singapura, mereka mesti mendapatkan kebenaran dan bantuan Polis Singapura.

Lantas sekatan kemasukan bukanlah alasan, sepatutnya PDRM mendapatkan kebenaran dan bantuan Polis Singapura.

Musa menegaskan bahawa PDRM mempunyai hubungan baik dengan rakan sejawatan mereka di Singapura yang boleh membantu mereka dalam siasatan.

Walaupun polis tidak boleh menyeberangi sempadan, mereka boleh meminta kerjasama daripada polis Singapura, sebagaimana kata TS Musa.

Polis hanya memberi alasan apabila mereka menjadikan penutupan sempadan sebagai kelewatan dalam siasatan dakwaan rasuah terhadap Tawfiq Ayman.

Tawfiq, suami kepada bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Zeti Akhtar Aziz, sedang disiasat berhubung dakwaan menerima dana yang dikaitkan dengan 1MDB.

Walaupun polis tidak boleh menyeberangi sempadan, mereka boleh meminta kerjasama daripada polis Singapura sebagaimana dakwa TS Musa.

“Sepanjang memegang jawatan, saya selalu meminta pihak Singapura membantu PDRM. Tidak ada masalah. Saya percaya pesuruhjaya polis mereka sedia membantu,” tegas Musa lagi sebagai mengkritik alasan yang diberikan Kementerian Dalam Negeri untuk menangguhkan siasatan.

“Penutupan sempadan hanyalah alasan. Kalau kita ke sana pun, apa kuasa PDRM nak siasat? Mereka masih memerlukan kerjasama daripada polis Singapura.

“Apa kuasa yang kita ada untuk merekodkan kenyataan di sana? PDRM tidak mempunyai kuasa sedemikian di negara lain melainkan membawa orang tersebut ke suruhanjaya tinggi Malaysia,” katanya.

Selain itu, pengarah jabatan penyiasatan jenayah komersial Mohd Kamarudin Md Din memberitahu, polis akan meneruskan siasatan sebaik sahaja Singapura membenarkan penyeberangan sempadan.

Pada Mac tahun lalu, dilaporkan bahawa polis telah memulakan siasatan ke atas dana berkaitan 1MDB yang didakwa dipindahkan ke akaun bank yang dimiliki Tawfiq di Singapura.

Polis Singapura dilaporkan telah memaklumkan kepada BNM mengenai transaksi yang mencurigakan pada 2015 dan 2016 melibatkan sebuah syarikat milik suami Zeti dan salah seorang anak lelakinya.

Jelaslah bahawa Gabenor BNM ketika itu dan kerajaan PH ketika berkuasa sengaja mendiamkan diri. Perkara utama yang mereka sasarkan adalah Najib, tiada yang lain.

Tommy Thomas, Peguam Negara PH juga telah mengaku bahawa mereka sudah lama mengetahui penglibatan keluarga bekas Gabenor BNM sejak PH berkuasa.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: