KENAPA LENGAHKAN SIASATAN KE ATAS TAWFIQ AYMAN?

Sejak Mac 2021, kes penglibatan suami bekas Gabenor BNM menjadi bahan media. Namun hakikatnya kerajaan PH telahpun mengetahui kes penglibatan Tawfiq Ayman sejak hujung tahun 2018 lagi setelah mereka berkuasa. Timbul persoalan, kenapakah kes DSN begitu cepat mereka hebohkan dan gerakkan siasatan sedangkan kes yang melibatkan bekas Gabenor BNM seakan-akan cuba disembunyikan. Kini siasatan ke atas Tawfiq Ayman, sebagaimana dibidas oleh bekas Ketua Polis Negara, TS Musa Hassan, seakan-akan sengaja dilengah-lengahkan oleh pihak polis.

MENGAPA TIDAK ‘HERET SEMUA INDIVIDU TERKAIT 1MDB KE MAHKAMAH MALAYSIA’?

Gambaran yang diberikan sebelum ini terutama bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam isu 1MDB hanya melibatkan Najib dan ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low amat berbeza dengan keterangan Leissner. "Kita tertanya-tanya mengapa nama-nama ini tiada di dalam pendakwaan di Malaysia dan digambarkan konspirasi 1MDB ini hanya melibatkan Najib dan Jho Low semata-mata. Dengan pendedahan yang dibuat di Mahkamah AS, amat wajar untuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan ke atas individu-individu yang disebutkan Leissner. Sementara itu, Hamidah turut mendesak Mahathir dan juga Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengeluarkan kenyataan berhubung pendedahan dibuat oleh Leissner itu.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: