‘MAHAZALIM RETURN’ DEDAHKAN MAKLUMAT SIASATAN SPRM KE ATAS MOHD NAZLAN

Ketua Hakim Negara, SPRM dan Menteri Undang-Undang juga patut sahkan atau nafikan pendedahan Twitter 'Mahazalim Return' itu kepada masyarakat awam bagi memelihara integriti mahkamah sebagai pentas keadilan rakyat dan bukan menjadi alat kuasa politik yang zalim.

NAZIFUDDIN NAJIB DAN SENIOR ASSISTANT – SAC (B) HAMID BULAT ADALAH SINERGI KUASA DAN TENAGA YANG DIPERLUKAN UMNO LANGKAWI

Lantas amatlah wajar sekiranya Langkawi berada di tangan anak muda, yang mendukung darah-daging Bapa Pembangunan Negara, Tun Abdul Razak serta puteranya DS Mohd Najib, tokoh ekonomi yang berjiwa rakyat dan banyak berjasa kepada rakyat marhaen. Kini dengan dorongan dan permintaan serta sokongan lebih 70% daripada 103 cawangan UMNO Langkawi, Mohd Nazifuddin bertekad untuk mengetuai UMNO di Pulau Lagenda itu. Dengan kedudukan Datuk Hamid Bulat yang merupakan anak jati Langkawi yang juga telah sekian lama berjuang bersama UMNO serta amanah menjaga keselamatan negara, terutamanya ketika berjaya mengalahkan gerombolan komunis di Bentung, maka gabungan Datuk Nazifuddin dan Datuk Hamid akan membentuk satu simbiosis dan sinergi yang amat kukuh dan mantap bagi UMNO Langkawi.

ADAKAH TOMMY THOMAS DISOGOK OLEH WARIS SULTAN SULU KERANA BANTU MELAYAKKAN MEREKA TUNTUT RM63 BILION?

Timbul persoalan, kenapakah waris Sulu itu menuntut hanya pada 2019, dan tidak pada 2014 setelah Malaysia hentikan bayaran RM5300 setahun kerana memutuskan  bahawa waris Sultan Sulu telah melanggar perjanjian apabila menyerang Lahad Datu dan membunuh 12 anggota keselamatan Malaysia?

MAHATHIR DIMALUKAN OLEH TOKOH-TOKOH DUNIA

Tulisan Ravindra dalam ‘The Capital Post’ melontarkan kritikannya terhadap Mahathir yang telah berulang kali menabur retorik ke atas India, sebagai membuktikan bahawa Mahathir tidak lagi berfungsi dalam keadaan mental yang normal. Malahan kata Soros lagi, “Kamu berani menitiskan air mata buaya semasa Perhimpunan Agung UMNO, sedih kononnya dengan gejala rasuah. Namun kamulah perasuah paling hebat. Seorang pencuri melaung-laung ‘pencuri’ dan berharap orang ramai memandang ke arah lain, sedangkan dialah pencuri sebenarnya.”

SELEPAS NAZLAN, PENDAKWARAYA, GOPAL SRI RAM PULA DIDAKWA MENERIMA DANA 1MDB

Sekiranya Gopal pernah diarahkan oleh Mahathir supaya memujuk Apandi Ali yang ketika itu adalah Peguam Negara, maka dunia dan penghuninya yang waras pasti tahu siapakah orangnya. Sewajarnya sebagaimana yang pernah disarankan oleh beberapa pemerhati dan penganalisis politik, DS Najib hendaklah dibebaskan, kesnya ditutup atau dibicarakan semula dengan memberikan perhatian serius kepada integriti para hakim dan pendakwaraya yang mengendalikan kes.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: