Merujuk kepada laporan Malaysia Gazette yang merujuk berita dari Sin Chew Daily, lelaki tersebut telah membantah kuasa DYMM Agong dalam perlantikan PM baharu setelah semua parti gabungan gagal mendapatkan bilangan majoriti ahli parlimen setelah selesainya PRU15. Bukan itu sahaja, kenyataannya secara terang-terangan menghina pihak monarki, dan menghasut rakyat melakukan ‘coup d’tat’ sehingga mengeluarkan ancaman ‘bunuh’.
VIDEO ANWAR FITNAH DAN RENDAHKAN MARTABAT ANGKATAN TENTERA KERANA UNDI POS
Menyelar kenyataan Presiden PKR itu, Menteri Kanan Pertahanan, DS Hishammuddin Tun Hussein membidas kenyataan Anwar sebagai usaha untuk menidakkan integriti dan maruah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menerusi kepentingan politik yang sempit. Tindakan Anwar itu juga mengheret ATM dalam permainan politiknya yang terdesak bukan sahaja membuat angkatan tentera marah tetapi orang ramai juga berpendapat bahawa perlu ada had dan batasan dalam kempen politik.
KOR MING PANDAI KUTUK, TAPI MINDA TARAF ‘CAP AYAM’
Semasa Guan Eng diangkat menjadi Menteri Kewangan bertaraf ‘kerani akaun cap ayam’, kenapakah dia telah merancang membeli 32 unit Velfire untuk para Menteri dan 4000 unit Honda Accord untuk pegawai tinggi kerajaan yang lain?
KENAPA LENGAHKAN SIASATAN KE ATAS TAWFIQ AYMAN?
Sejak Mac 2021, kes penglibatan suami bekas Gabenor BNM menjadi bahan media. Namun hakikatnya kerajaan PH telahpun mengetahui kes penglibatan Tawfiq Ayman sejak hujung tahun 2018 lagi setelah mereka berkuasa. Timbul persoalan, kenapakah kes DSN begitu cepat mereka hebohkan dan gerakkan siasatan sedangkan kes yang melibatkan bekas Gabenor BNM seakan-akan cuba disembunyikan. Kini siasatan ke atas Tawfiq Ayman, sebagaimana dibidas oleh bekas Ketua Polis Negara, TS Musa Hassan, seakan-akan sengaja dilengah-lengahkan oleh pihak polis.
PIHAK YANG KELUARKAN SIJIL VAKSINASI PALSU IBARAT PEMBUNUH
Oleh kerana Covid19, Omicron ataupun Delta boleh membunuh maka, pihak yang menangguk di air keruh itu, adalah signifikan diklasifikasikan sebagai pembunuh. Secara kasarnya golongan ini jika disabitkan kesalahan, mereka wajar dihukum penjara seumur hidup atau digantung sampai mati.