Pihak cungkils.com rasa rakyat seluruh negara tidak terkejut dengan dakwaan Raja Petra Kamaruddin sebagaimana tersiar dalam YouTube dan telah diulas oleh MYKMU bahawa terdapat ‘Mafia Polis di Bukit Aman’. Hakikatnya isu berkaitan juga terlihat pada kenyataan bekas Ketua Polis Negara TS Musa Hassan yang mengkritik tentang tindakan pihak berkuasa Malaysia melengah-lengahkan siasatan ke atas Tawfiq Ayman di Singapura yang dikaitkan dengan kes rasuah 1MDB. Bukan itu sahaja, sebagaimana didedahkan oleh seorang lagi bekas Ketua Polis Negara TS Hamid Bador, bekas Peguam Negara, Tommy Thomas, dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, mereka semuanya bersetuju bahawa terdapat campurtangan politik dalam badan perundangan dan kehakiman negara.
KENAPA LENGAHKAN SIASATAN KE ATAS TAWFIQ AYMAN?
Sejak Mac 2021, kes penglibatan suami bekas Gabenor BNM menjadi bahan media. Namun hakikatnya kerajaan PH telahpun mengetahui kes penglibatan Tawfiq Ayman sejak hujung tahun 2018 lagi setelah mereka berkuasa. Timbul persoalan, kenapakah kes DSN begitu cepat mereka hebohkan dan gerakkan siasatan sedangkan kes yang melibatkan bekas Gabenor BNM seakan-akan cuba disembunyikan. Kini siasatan ke atas Tawfiq Ayman, sebagaimana dibidas oleh bekas Ketua Polis Negara, TS Musa Hassan, seakan-akan sengaja dilengah-lengahkan oleh pihak polis.
(VIDEO) SIAL ABU MAYAT KOMUNIS CHIN PENG LAKNATULLAH TERUS BAWA MALAPETAKA KEPADA NEGARA
Sial itu kini datang bersama Covid19 yang dipersetujui dunia berpunca daripada Wuhan, negara komunis China tempat asalnya pejuang komunisme PKM.
(Video) TOMMY THOMAS MENEGAKKAN UNDANG-UNDANG ATAU MEMBELA PENGGANAS?
TINDAKAN Peguam Negara, Tommy Thomas menghentikan serta-merta proceeding mahkamah terhadap kes 12 individu India atas tuduhan penglibatan mereka dengan aktiviti pengganas petubuhan Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE), telah mendapat reaksi negatif daripada pelbagai pihak. LTTE telah diharamkan di 32 buah negara di seluruh dunia setelah Amerika Syarikat mengklasifikasikannya sebagai pertubuhan pengganas antarabangsa. Pada 20 April 2009,... Continue Reading →
(VIDEO) AKUAN BERSUMPAH AZILAH ADALAH KONSPIRASI UNTUK ANIAYA NAJIB?
SEMALAM (16 Disember), seluruh negara telah dikejutkan dengan akuan bersumpah (SD) Azilah Hadri bertarikh 17 Oktober yang dibuat di Penjara Kajang, mendakwa bahawa DS Najib Abd Razak telah mengarahkannya membunuh wanita Mongolia Altantunya Shaaribuu pada 2006. Ramai yang menyangka bahawa kes ini telah selesai ditutup pada 2006 apabila Mahkamah Persekutuan telahpun menjatuhi hukuman mati ke... Continue Reading →