Pihak cungkils.com rasa rakyat seluruh negara tidak terkejut dengan dakwaan Raja Petra Kamaruddin sebagaimana tersiar dalam YouTube dan telah diulas oleh MYKMU bahawa terdapat ‘Mafia Polis di Bukit Aman’. Hakikatnya isu berkaitan juga terlihat pada kenyataan bekas Ketua Polis Negara TS Musa Hassan yang mengkritik tentang tindakan pihak berkuasa Malaysia melengah-lengahkan siasatan ke atas Tawfiq Ayman di Singapura yang dikaitkan dengan kes rasuah 1MDB. Bukan itu sahaja, sebagaimana didedahkan oleh seorang lagi bekas Ketua Polis Negara TS Hamid Bador, bekas Peguam Negara, Tommy Thomas, dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, mereka semuanya bersetuju bahawa terdapat campurtangan politik dalam badan perundangan dan kehakiman negara.
KENAPA LENGAHKAN SIASATAN KE ATAS TAWFIQ AYMAN?
Sejak Mac 2021, kes penglibatan suami bekas Gabenor BNM menjadi bahan media. Namun hakikatnya kerajaan PH telahpun mengetahui kes penglibatan Tawfiq Ayman sejak hujung tahun 2018 lagi setelah mereka berkuasa. Timbul persoalan, kenapakah kes DSN begitu cepat mereka hebohkan dan gerakkan siasatan sedangkan kes yang melibatkan bekas Gabenor BNM seakan-akan cuba disembunyikan. Kini siasatan ke atas Tawfiq Ayman, sebagaimana dibidas oleh bekas Ketua Polis Negara, TS Musa Hassan, seakan-akan sengaja dilengah-lengahkan oleh pihak polis.
(Video) DAP GANGGU SIASATAN, KES LTTE MESTI DIBUKA SEMULA
Keputusan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang menggugurkan pertuduhan terhadap 12 suspek penyokong LTTE adalah atas alasan yang lemah, seolah-olah memperlekehkan kebolehan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sepatutnya Kementerian Dalam Negeri menggunakan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015 yang memberikan kuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk menahan tanpa bicara semua suspek LTTE bagi tempoh 2 tahun atau sehingga pihak KDN berpuas hati tiada ancaman keselamatan awam daripada mereka.