Editorial
4 Mac 2022
Muhyiddin kini tanpa rasa malu menyokong pula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura antara Malaysia dan Singapura.
Lagak Muhyiddin sama seperti menjilat ludah sendiri.
Janji bulan-bintang PH nampaknya berulang kembali daripada mulut Muhyiddin, yang namanya sendiripun dia cuba sembunyikan.
Dia berjanji akan memulihkan semula projek berkenaan sekiranya PN memenangi PRN Johor, malah dia mahu projek itu terus diperpanjangkan ke Bangkok, dan negara-negara lain, mungkin sehingga ke Beijing.

Bebalnya, dialah yang membatalkan projek itu semasa menjadi PM, sehingga Malaysia terpaksa membayar RM320 juta kepada Singapura kerana pembatalan perjanjian projek HSR itu.
Malahan semasa Tun Mahathir berkuasa dan dia sebagai Menteri Dalam Negeri, dia juga menyokong pembatalan projek berkenaan.
Kini dia membuat janji lagi kepada rakyat Johor bahawa projek itu akan diwujudkan semula sekiranya PN menang PRN Johor.
Kenapa nak tunggu menang PRN Johor, bukankah dia sekarang yang mendominasi kerajaan PN meskipun dipimpin oleh Ismail Sabri?
Pada 1 Jan 2021, Malaysia mengumumkan penamatan projek HSR kerana gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang dicadangkan oleh Putrajaya sebelum perjanjian projek luput pada 31 Dis 2020 dan Malaysia terpaksa membayar ganti rugi RM300 juta kepada Singapura.
Kini Muhyiddin mahu membuat perjanjian baru HSR dengan Singapura yang telah dibatalkannya dahulu.
Inilah muka tebal pemimpin PPBM (Bersatu) yang berlagak sebagai wira PN dan berselindung di sebalik kerajaan PN untuk menyembunyikan hakikat bahawa PPBM adalah parti ciput yang penuh dengan katak.
Setelah kempen Muhyiddin menyerang ‘kluster mahkamah’ dan isu 1MDB gagal meraih sokongan rakyat, dia terdesak dan terpaksa mengitar semula projek hebat DS Najib untuk memancing undi, seakan-akan rakyat Johor buta dan tuli.
Kini dia beriya-iya menyatakan sokongan terhadap projek itu dengan mendakwa HSR akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara. Dia baru celik, dulu dia rabun.
Muhyiddin membuat U-turn, bahawa syarat atau terma utama projek HSR harus dirundingkan semula jika Singapura memilih untuk berbincang mengenainya, kerana projek itu berdaya maju.
Jika berdaya maju, kenapakah semasa era PH dia menyokong supaya projek itu dibatalkan dan kemudian lagi sekali menolaknya ketika dia menjadi PM?
Pada 1 Jan 2021, Malaysia mengumumkan penamatan projek HSR yang diperkenalkan BN, kerana kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang dicadangkan oleh Malaysia sebelum perjanjian projek itu luput pada 31 Dis, 2020.
Kini Muhyiddin mahu menuntut kredit bahawa dia akan meneruskan projek HSR seakan-akan terdesak untuk memancing hati pengundi Johor.
Kononnya nanti dialah wira HSR, JB-Beijing.
Setelah menipu rakyat dengan janji palsu bulan bintang semasa kempen PRU14, kini Muhyiddin berjanji pula, memberi air percuma kepada rakyat Johor?

Adakah maksud Muhyiddin, memberi sebotol air mineral setiap bulan kepada rakyat Johor, atau memansuhkan bil air sepenuhnya?
Hakikatnya, Muhyiddin sedar dan terdesak bahawa parti ciput katak PPBM itu akan kalah, mungkin selepas berjanji air percuma, dia akan berjanji pula hutang peneroka dimansuhkan, elektrik percuma, pendidikan tinggi percuma, lesen kenderaan percuma, beras percuma, cukai SST percuma dan semuanya percuma.
Sudahlah Muhyiddin, kamu tidak bertanding pun di PRN Johor, di mana letaknya suara kamu di DUN Johor nanti?
*****
Tinggalkan Jawapan