TIDAK DISOKONG MENJADI PM, JADI PENGARAH MAGERAN PUN CUKUPLAH

Oleh Dr Mamat Desa

11 Jun 2021

Sudah beberapa kali, Tun Mahathir uar-uarkan kepada media bahawa dia tidak mahu lagi aktif dalam politik, tetapi dia terus menubuhkan parti Pejuang Tanah Air atau Pejuang, dan mengangkat dirinya sendiri sebagai Pengerusi, manakala anaknya Mukhriz sebagai Presiden.

Bukan itu sahaja, Mahathir juga menempelak DS Anwar Ibrahim sebagai terlalu tua untuk diangkat sebagai Perdana Menteri, sedangkan dia lupa berapakah umurnya berbanding Anwar.

Sumber: MyNewsHub

Siapakah ahli-ahli pejuang? Tidak lain dan tidak bukan adalah kaum Melayu yang masih tegar menyokong Mahathir, sedangkan Mahathir telah sekian lama menyakitkan hati kaum Melayu dengan melabelkan mereka sebagai kaum ’pemalas’.

Anehnya dialah yang telah mengadap DYMM SPBYD Agong setelah 22 bulan mengetuai PH, untuk menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai PM.

Penganalisis politik menterjemahkan perbuatan Mahathir sebagai pengkhianat yang amat khianat kepada kabinet PH serta mandat rakyat yang diberikan kepada PH.

Tidak hairanlah kini majoriti rakyat dan pengundi bertekad dengan slogan ‘cukuplah sekali sahaja ditipu’.

Hakikatnya memang rakyat dan pengundi ditipu oleh PH semasa PRU14 apabila terbongkar janji-janji palsu, fitnah dan pembohongan PH.

PH tidak bersedia untuk memimpin negara setelah menang PRU14, dan menganggap manifestonya hanyalah sebagai retorik politik dengan alasan ia bukanlah ‘kitab suci’.

Lebih parah lagi, parti Mahathir dalam PH hanyalah melukut di tepi gantang dan Mahathir mengaku bahawa dia adalah ‘PM boneka’; boneka kepada kerakusan DAP yang dilihat sebagai parti dominan kerana majoriti ahli parlimen PH adalah terdiri daripada kaum bukan-Melayu.

Ketika PH berkuasa, DAP tidak ubah seperti gerila komunis yang menguasai Tanah Melayu setelah tamatnya Peperangan Dunia Kedua sebelum pihak British datang membantu dan mengisytiharkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Kali ini, ketika Mahathir mengadap DYMM SPBYD Agong, dia telah mencadangkan agar ditubuhkan MAGERAN untuk menangani Covid19 dan dirinya dipilih sebagai Pengarah MAGERAN.

Sekiranya Mahathir mencadangkan dirinya sebagai Pengarah MAGERAN, ia bermakna dialah yang berkuasa apabila kerajaan sedia ada digantung melalui proklamasi Darurat dan Dewan Rakyat juga digantung dalam tempoh Darurat.

Apakah ertinya jawatan Pengarah Mageran bagi Mahathir?

Apa yang dapat dijangkakan, dengan jawatan itulah lagi sekali dia akan bertindak sebagai diktator, mengawal undang-undang dan bertindak ala Gestapo untuk ‘membunuh karektor politik’ yang tidak tunduk kepada kehendaknya.

Sejarah telah membuktikan bagaimana Mahathir bertindak ke atas Tunku Abdul Rahman, Tun Hussien Onn, Tun Abdullah Badawi, Tun Musa Hitam, DS Anwar Ibrahim, DS Najib Razak, TS Muhyiddin Yassin, Tun Salleh Abas dan ramai lagi.

Ketika itu, mereka yang akan survive atau terus hidup dalam dunia politik hanyalah mereka yang tunduk pada setiap kemahuan Mahathir bagaikan lembu dicucuk hidung.

Sebagaimana dilaporkan Astro Awani, apabila ditanya siapa yang perlu mengetuai MAGERAN, Mahathir mencadangkan dirinya, “namun tidak bermasalah jika individu lain mengetuainya, selagi mana beliau dan Pejuang boleh menyumbang idea.”

Pada sintaksis dan semantik ‘namun…’ itu terkandung retorik dan diplomasi politik kerana sekiranya dilantik individu lain untuk mengetuai MAGERAN, pastinya individu itu akan menjadi sasaran serangannya sebagaimana berlaku pada semua PM yang telah menggantikannya dan PM lain sebelum dia berkuasa.

Awal-awal lagi PKR, PAS dan UMNO, malahan semua parti komponen PH menolak MAGERAN kerana situasi negara hari ini, bukanlah berperang dengan golongan subversif seperti komunis, dan ekstremis kaum yang rasis, sebaliknya negara sedang berperang dengan pandemik Covid19.

Semua parti utama negara mahu status Darurat ditamatkan dan Parlimen dibenarkan bersidang semula, meskipun di tengah-tengah kancah pandemik Covid19.

Majlis Presiden PH menegaskan bahawa masalah rakyat dalam isu Covid19, ekonomi dan juga politik memerlukan demokrasi yang berfungsi dengan baik, dan ruang terbaik untuk mendengar suara rakyat serta mencari penyelesaian masalah negara adalah melalui parlimen.

Walau apapun pandangan Mahathir, setelah ‘total lockdown’ PKP 3.0 dilaksanakan, sejak semalam kadar jangkitan sudah nampak menurun.

Lantas, apa ertinya penubuhan MAGERAN selain untuk memenuhi ego tamak kuasa Mahathir.

PKR bukan sahaja menolak penubuhan MAGERAN, malahan PKR juga menolak kerjasama dengan Mahathir, begitulah juga DAP, Bersatu (Muhyiddin) dan UMNO.

Lantas, bagaimanakah nanti parti utama negara akan bekerjasama dengan Pengarah MAGERAN yang lewah dengan sikap diktatornya?

Pastinya setelah menubuhkan MAGERAN di bawah pimpinan Mahathir nanti, kerajaan terpaksa pula menubuhkan satu lagi MAGERAN 2.0 untuk mengawal tingkah laku diktator MAGERAN 1.0.

******

Tinggalkan komen

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑