Kami percaya bahawa individu yang dimaksudkan itu ialah Tun Mahathir yang kerap mengeluarkan kenyataan streotaip dan generalisasi bahawa Melayu itu malas.

Adakah Mahathir cuba mengangkat bahawa kaum India rajin? Atau bagi Mahathir sekiranya seseorang Melayu itu tidak kaya dan bukan jutawan seperti anak-anak dan kroninya, maka mereka dikategorikan sebagai pemalas? Pemalas atau tidak pandai ‘merompak harta negara?
Merujuk kepada artikel NST karya Hafizah Iszahanid, pemimpin yang mendukung persepsi bahawa bangsa Melayu adalah pemalas, sudah pastinya pemimpin rasis yang mindanya masih dijajah dan berada dalam dimensi kolonialisme.
Pastinya yang menghina kaum Melayu itu, bukanlah berdarah Melayu.


Kaum Melayu kelas bawahan tiada akses kepada nepotisme, kronisme dan kleptokrasi seperti Mahathir dan mereka lebih reda serta bersyukur dengan apa yang diberikan Allah, daripada merompak harta rakyat melalui kroni-kroni pelahap.

Dialog daripada video yang dimuat naik adalah seperti berikut:
“Macam mana ni, Menteri kata kita penyegan (pemalas) ni?
Menteri pelir (butuh) dia, penyegan (pemalas). Tak nampak ni tanah berpuluh relong ni.
Siapa yang buat (kerjakan)? Orang Melayu yang kerjakan bendang (tanah sawah) ni. Ni benih ni.
Kepala otak dia, mengata kita penyegan (pemalas)..
Makan pun orang suap.
Ni kita ni makan nasi pun belum lagi (dah lewat tengah hari).
Kepala otak, kata kita penyegan (pemalas).
Tunjukkan dia bendang (tanaman padi) yang luas ni. Siapa yang buat (usahakan)?
Orang Melayulah yang buat bendang (tanam dan dapatkan hasil padi).
Hangpa (kamu) tahu apa? Makan, tidur.
Pergi ke mana-mana orang bawa (dengan kenderaan mewah).
Kami ni bermandi darah peluh.
Amboi mak! Puih!! (ludah).”
*******
Tinggalkan Jawapan