TUN M ADA AGENDA TERSEMBUNYI DENGAN JANJI SELESAIKAN ISU COVID19

Jelaslah, pemimpin yang telah diperakui dunia sebagai salah seorang diktator terkenal dunia, kini mahu memegang kuasa negara buat kali ketiga. Benarkah dia mahu menghapuskan Covid19, atau inilah sahaja jalannya bagi dia menghapuskan musuhnya di sekeliling pinggang.

TUN MAHATHIR TERIMA TAMPARAN APABILA MAJLIS RAJA-RAJA TOLAK MAGERAN

Masakan pihak istana rela memberikan jawatan Pengarah MAGERAN kepada Mahathir, sedangkan jawatan itu boleh diterjemahkan sebagai jawatan memangku tugas Perdana Menteri. Tidakkah bahaya bagi sesebuah negara yang sedang menghadapi kemelut pandemik Covid19 yang juga terkesan kepada kestabilan sosio-ekonomi, hendak menyerahkan kuasa pemerintahan negara kepada seorang diktator?

KUMPUL SURAT AKUAN SUMPAH UNTUK TUBUH KERAJAAN – TREND BARU DEMOKRASI MALAYSIA

Jelaslah bahawa terdapat pemimpin tertentu yang gila kuasa dan tidak sabar menunggu PRU berikutnya untuk berkuasa, sehingga seakan-akan melelong sokongan terhadap kerajaan sedia ada melalui gerakan mengumpul Surat Bersumpah. Amat menjengkelkan apabila dakwaan bahawa dia telah mendapat sokongan yang cukup hanyalah satu pembohongan politik.

(VIDEO) KERANA RAKUS KUASA DIA MAHU JAWATAN PENGARAH MAGERAN

Alangkah bahayanya negara dari aspek kestabilan politik, kestabilan sosial dan ekonomi, sekiranya MAGERAN diwujudkan dengan penggantungan Parlimen, dan diketuai pula oleh seorang diktator, yang pernah dijadikan boneka oleh parti cauvinis seperti DAP. Lantas, tidak apa yang dapat dilihat dan tertonjol daripada cadangan dan justifikasi penubuhan MAGERAN, kecuali kerakusan manusia gila kuasa.

TIDAK DISOKONG MENJADI PM, JADI PENGARAH MAGERAN PUN CUKUPLAH

Sekiranya Mahathir mencadangkan dirinya sebagai Pengarah MAGERAN, ia bermakna dia adalah PM Interim apabila kerajaan sedia ada digantung melalui proklamasi Darurat dan Dewan Rakyat juga digantung dalam tempoh Darurat. Apakah ertinya jawatan Pengarah Mageran bagi Mahathir? Dengan jawatan itulah lagi sekali dia akan bertindak sebagai diktator, mengawal undang-undang dan bertindak ala Gestapo untuk ‘membunuh karektor politik’ yang tidak tunduk kepada kehendaknya.

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: