MUHYIDDIN BIMBANG JIKA KERAJAAN PN DITUKAR?

Oleh Dr Mamat Desa

10 Jun 2021

Apabila TS Muhyiddin Yassin mencadangkan kepada DYMM SPBYDP Agong supaya diisytiharkan Darurat untuk menangani pandemik Covid19 pada 12 Januari lalu, ramai yang musykil dan mempersoalkan justifikasi proklamasi tersebut kerana ia juga turut menggantung sidang parlimen.

Terdapat juga persepsi politik yang berlegar bahawa Proklamasi Darurat dilaksanakan kerana PM Muhyiddin Yassin cuba menolak usul ‘undi tidak percaya’ terhadap beliau atas rasional bahawa sokongan kepada PN sudah jatuh merosot.

Muhyiddin, dalam perutusan khasnya telah memperincikan dengan panjang lebar mengapa proklamasi Darurat adalah relevan.

Namun setelah beberapa bulan perisytiharan Darurat dilaksanakan, pandemik Covid19 terus meningkat mendadak sehingga WHO mengklasifikasikan Malaysia sebagai negara ke-7 paling teruk di seluruh dunia diserang pandemik berbanding 195 negara anggota PBB.

Malaysia juga didakwa lebih teruk terkena jangkitan pandemik per kapita berbanding India, di mana mayat-mayat mangsa Covid di dibuang begitu sahaja di Sungai Gangga kerana pusat kremasi tidak terdaya menguruskan jumlah mayat yang sebegitu banyak.

Malah WHO meramalkan bahawa 26,000 rakyat Malaysia akan terkorban menjelang September 2021.

Maklumat asas ini membuktikan bahawa proklamasi Darurat yang dilaksanakan oleh kerajaan PN pimpinan Muhyiddin untuk mengekang Covid19 telah GAGAL.

Dengan itu Tun Mahathir mempunyai justifikasi yang signifikan untuk menuduh kerajaan PN dan Muhyiddin telah menggunakan perisytiharan Darurat untuk tujuan politik peribadinya supaya kekal berkuasa.

Malahan terdapat ahli politik yang berpendirian bahawa Muhyiddin menggunakan ordinan Darurat untuk kesinambungan hayat politiknya setelah terbukti status Darurat negara telah terang-terangan gagal mencapai objektif utamanya.

Lebih mengejutkan apabila orang kuat Mahathir, Datuk Khairuddin Abu Hassan yang merupakan penerbit buku ’50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi PM’ telah memfailkan saman terhadap Muhyiddin kerana mendakwa bahawa proklamasi Darurat oleh kerajaan PN pada 12 Januari adalah ‘tidak sah dan tidak berpelembagaan.’

Rasional tuduhan Khairuddin adalah merujuk kepada parlimen yang digantung serta situasi semasa Muhyiddin yang telah kehilangan sokongan majoriti serta kepercayaan ahli-ahli parlimen.

Walau bagaimanapun Khairuddin telah menjelaskan bahawa samannya tiada sebarang kaitan dengan DYMM SPBYD Agong sebaliknya dia mempersoalkan kesahihan tindakan seorang PM yang didakwa telah hilang sokongan majoriti ahli parlimen.

Semalam dan beberapa hari ini, apabila DYMM SPBYD Agong sudi mencemar duli untuk menerima mengadap pemimpin-pemimpin utama politik negara, ramai yang cuba meyakinkan Muhyiddin bahawa soal ‘tukar kerajaan’ tidak menjadi agenda perbincangan.

Sumber: BH

Presiden PKR DS Anwar Ibrahim yang sebelum ini dikatakan membincangkan soal MAGERAN bersama Tun Mahathir, telah mengesahkan semasa keluar dari Istana Negara, bahawa soal ‘tukar kerajaan’ tidak menjadi topik perbincangan dengan DYMM SPBYD Agong.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO yang juga merupakan Ahli Parlimen Tanjung Karang, TS Noh Omar juga seperti cuba meyakinkan Muhyiddin Yassin bahawa pada waktu kritikal begini, agenda yang bersifat politik haruslah diketepikan demi menjaga kesejahteraan rakyat dan negara, khususnya dalam konteks mengekang wabak Covid19.

DS Azalina Othman Said, Timbalan Speaker Dewan Rakyat juga menyatakan pendirian beliau supaya parlimen tidak membawa dan membahaskan isu ‘undi tidak percaya’ terhadap Muhyiddin, apatah lagi soal tukar kerajaan.

Pandangan Azalina disokong oleh DS Khaled Nordin, dan menyarankan agar semua ahli politik memberikan fokus kepada isu mendesak khususnya pandemik Covid19 dan krisis kesihatan yang sedang dihadapi sekarang.

Rata-rata pelbagai pihak daripada NGO, penganalisis politik, veteran politik, parti politik, baik dalam blok kerajaan, mahupun pembangkang telah menyuarakan pandangan mereka supaya tempoh darurat yang dijangkakan tamat pada 1 Ogos ini, ditamatkan segera.

Adakah Muhyiddin masih diburui oleh ‘inferiority complex’ atau paranoia terhadap tuduhan tidak berasas bahawa PN adalah ‘kerajaan tebuk atap’?

Dengan sebab itu, ramai pula cuba memujuk dan meyakinkan Muhyiddin supaya buangkan perasaan paranoia itu, kerana isu ‘tukar kerajaan’, ‘undi tidak percaya’ dan ‘penubuhan MAGERAN’ tidak timbul baik dalam perbincangan dengan DYMM Agong mahupun sekiranya parlimen bersidang (dalam keadaan pandemik Covid19 yang masih berleluasa).

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: