VIDEO – HADI AWANG KETAWA TERBAHAK KETIKA MAHATHIR PERLEKEH ALLAHYARHAM TG NIK AZIZ

Mahathir dengan sinis menambah bahawa sumbangan TS Lim Kit Siang "terhadap negara tidak boleh dilawan oleh mana-mana pihak lain, dia seorang sahaja yang sama taraf dengan Nik Aziz". Kenyataan Mahathir telah membangkitkan pelbagai persepsi apabila dia menyamakan ulama yang selama ini amat disanjung dan dihormati oleh penyokong PAS, sebagai sama taraf dengan tokoh pemimpin DAP. Jauh lebih mengejutkan apabila TS Hadi Awang langsung tidak membela Allahyarham ketika sesi soal-jawab bersama media ketika itu.

KETEGASAN ANWAR MELAWAN JERUNG-JERUNG RASUAH DISOKONG PENUH

Tidak hairanlah jika pihak tertuduh yang gelabah dan tidur tidak lena, telah kehabisan modal dan dengan alasan tempang menuduh kerajaan dan SPRM melaksanakan dakwaan terpilih. Anwar menegaskan bahawa arahan kepada badan penguatkuasa seperti SPRM adalah menyeluruh dan tidak kepada parti tertentu, apatah lagi individu tertentu.

KATAK POLITIK YANG TIDAK LAGI RELEVAN DIGESA BERSARA

Azmin dituduh bertanggungjawab mengepalai 11 ahli parlimen PKR untuk berpaling-tadah menyokong Bersatu pada 2020 sehingga menyebabkan kerajaan yang dikuasai PH tumbang. Walau bagaimanapun Azmin masih merupakan Adun Bukit Antarabangsa dan PRN Selangor nanti akan memperlihatkan adakah Azmin masih relevan untuk terus aktif dalam arena politik negara. Kenyataan Azmin untuk ‘berehat’ pastinya akan mengecewakan pula pemilih di DUN Bukit Antarabangsa yang telah memberikan mandat kepadanya, kecualilah mereka juga telah hilang kepercayaan kepada Azmin.

NAJIB AKAN SAMAN CHE’GU BARD KERANA FITNAH ‘KERIS BERDARAH CINA’

DS Najib Razak telah memberi amaran kepada Che’Gu Bard untuk menafikan kandungan blognya bertarikh hari ini, 28 Mac 2022. Blog tersebut mendakwa bahawa DS Najib pernah mengeluarkan kenyataan akan ‘membasahkan keris dengan darah Cina’ berdasarkan keratan akhbar yang tidak pula disahkan namanya dan siapa penerbitnya.

MUHYIDDIN HINA MAHATHIR SEBAGAI MENGHABISKAN MASA SAHAJA

Pemimpin Pejuang itu telah dilabelkan oleh Muhyiddin sebagai menghabiskan masa sahaja; satu penghinaan terhadap bekas Perdana Menteri yang pernah memerintah selama 22 tahun 22 bulan. Sebaliknya dia mengangkat bakul sendiri dengan mendakwa bahawa PN ketika menjadi kerajaan, berhadapan dengan dua krisis iaitu krisis ekonomi dan juga krisis kesihatan COVID-19. Kita mempunyai rekod yang baik dalam mengatasinya. Apa yang rakyat lihat sebenarnya ialah kerajaan Muhyiddin telah gagal mengendalikan pandemik Covid19 apabila Malaysia dicatat sebagai negara paling teruk di dunia mengikut jumlah penduduk sebelum kerajaan pimpinannya tumbang. Malah dia telah memperggunakan Ordinan Darurat untuk menyelamatkan kuasanya sebagai Perdana Menteri serta menyembunyikan perbelanjaan dan hutang PN daripada pengetahuan parlimen.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑