NAJIB AKAN SAMAN CHE’GU BARD KERANA FITNAH ‘KERIS BERDARAH CINA’

Editorial

28 Mac 2022

Nampak sangat kehadiran DS Najib di Pulau Pinang yang mendapat sambutan hangat, meriah dan mesra daripada kaum Cina beberapa hari lalu, telah membangkitkan perasaan marah, cemburu dan gelabah daripada DAP dan konco-konco pro-DAP.

Daripada Telegram beliau, DS Najib Razak telah memberi amaran kepada Che’Gu Bard untuk menafikan kandungan blognya bertarikh hari ini, 28 Mac 2022.

Blog tersebut mendakwa bahawa DS Najib pernah mengeluarkan kenyataan akan ‘membasahkan keris dengan darah Cina’ berdasarkan keratan akhbar yang tidak pula disahkan namanya dan siapa penerbitnya.

Najib bertanya keratan akhbar dari mana dan bilakah tarikh siaran akhbar berkenaan?

Atau adakah keratan akhbar itu ciptaan Che’Gu Bard sendiri?

Najib telah memberikan ultimatum 24 jam kepada Che’Gu Bard untuk menafikan siaran blog tersebut, jika tidak, Najib akan saman Che’Gu Bard berhubung artikel tersebut.

Sekiranya blog tersebut bukan kepunyaan Che’Gu Bard maka dia hendaklah dengan segera membuat laporan polis bahawa namanya atau ‘Che’Gu Bard’ telah dipergunakan untuk tujuan fitnah sedemikian, yang mengancam keselamatan rakyat dan boleh membangkitkan perbalahan kaum.

Saman DS Najib akan juga bersekali dengan saman berhubung ucapan Che’Bard dalam video berikut semasa dia berkempen di PRK Kajang tahun 2014: “Chegubard: Masa Najib Tanya Apa Lagi Cina Mahu, Apa Chew Mei Fun Cakap?”

Hakikatnya DS Najib tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sedemikian yang menjadi ‘headline’ berita sebuah akhbar.

Pada isu yang sama tentang ‘Keris Berdarah Cina’ itu, Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin yang pernah mengeluarkan kenyataan fitnah yang sama, telah menarik balik dakwaan berkenaan pada Oktiber 2013.

Isu basi ini nampaknya cuba diangkat dan dikitar semula oleh Che’Gu Bard yang mungkin terikut-ikut dengan taktik Rafizi Ramli yang diberi jolokan sebagai pakar fitnah PKR.

Sebelum ini pada 2016, Che’Bard telahpun dilucutkan keahliannya dalam PKR kerana tindakannya melanggar disiplin parti.

DS Najib juga pernah menjawab kenyataan Tun Mahathir tentang isu ‘Keris berdarah Cina,’ dan Tun mengaku Najib tidak pernah mengeluarkan kenyataan dongeng sebegitu.

DS Najib sedar bahawa kumpulan pro-DAP sedang ghairah menular semula keratan akhbar yang datangnya entah dari mana, apatah lagi tiada kesahihannya, setelah mereka panas dan gelabah dengan lawatan beliau ke Pulau Pinang beberapa hari lalu yang mendapat sambutan di luar jangkaan daripada kaum Cina.

Sesiapa pun boleh edit gambar kononnya ia satu keratan surat khabar.

Cukup-cukuplah memfitnah DS Najib, kerana sudah banyak fitnah yang tertujah kepada beliau di mahkamah.

Dan ingatlah Che’Gu Bard bahawa fitnah itu hukumnya sama seperti membunuh.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: