MAJLIS PRESIDEN PH MEMBISU TENTANG KES SOGOKAN GOLDMAN SACHS, SERTA SUAMI GABENOR BNM YANG MENERIMA DANA 1MDB

Tiada seorang pun dari NGO-NGO pro-PH, pemimpin-pemimpin PH ataupun puak kroni Tun Mahathir yang menuntut supaya tindakan diambil ke atas pegawai-pegawai kerajaan Malaysia dan pegawai 1MDB yang dirahsiakan nama-nama mereka yang telah disogok sehingga Goldman Sachs terpaksa membayar RM16.6 bilion sebagai kos penyelesaian kepada kerajaan Malaysia. Sebelum ini Majlis Presiden PH menyifatkan proses keadilan dalam isu 1MDB masih belum selesai dan mesti diteruskan hingga penghujungnya. Mereka turut menegaskan bahawa semua watak utama di dalam kes ‘scam’ 1MDB mesti diadili di mahkamah dan pihak terlibat 'tidak boleh dibiarkan begitu sahaja,' sebagaimana dilaporkan Sinar Harian.

VIDEO – ADAKAH PENGUNDI MELAKA BELUM SERIK DENGAN PH-DAP?

Menurut Ibrahim agenda tersebut dipelopori oleh DAP yang menurut pandangan penulis buku berkenaan, ‘DAP adalah lebih berbahaya daripada ISIS, IS atau pun Daesh’ yang pernah bertindak ganas di Iraq dan Syria serta di negara Barat. Semasa PH berkuasa, segala serangan terhadap Melayu-Islam amat jelas terlihat apabila Tabung Haji, Bank Islam, Khazanah dan banyak lagi telah menjadi sasaran kerajaan PH yang didominasi oleh DAP.

MAJLIS PRESIDEN PH, JANGAN HIPOKRIT

Nampak sangat mereka ini hipokrit kerana semasa era pemerintah PH mereka telah mempergunakan Tommy Thomas sehingga wujudnya trend pembebasan konco DAP dan PH, membebaskan pembunuh Adib Kassim, membebaskan aktivis LTTE, mereka langsung membutakan mata dan memekakkan telinga. Seluruh dunia memandang Malaysia sebagai pengamal undang-undang rimba atau ‘rules of the jungle’, sebaliknya mereka hanya mendiamkan diri malah menjadi rakus seakan-akan mereka kebal daripada undang-undang. Lebih buruk lagi, Tommy Thomas sendiri telah mengaku bahawa trend ‘pendakwaan terpilih’ sememangnya berlaku sebagaimana dicatatkan dalam memoirnya ‘Justice in the Wilderness’.

HIPOKRITNYA PH BILA MINTA AZAM BAKI DIREHATKAN

Mereka cuba menutup sebelah mata tentang kes Ketua Pembangkang yang sedang menghadapi kes mahkamah atas tuduhan ‘gangguan seksual’ oleh Mohamed Yusoff Rawther, tetapi tidak direhatkan. Ketika seluruh negara riuh menggesa Lim Guan Eng ‘direhatkan’ kerana dia telah didakwa atas empat tuduhan rasuah yang sedang dibicarakan, termasuk kes rasuah pembelian banglo, kenapa dia tidak rehat, malah masih angkuh dan sombong setelah PH menang PRU14 ketika dia melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

ISU BATAL OD DIBAWA KE PARLIMEN HARI INI, TAPI JALAN MASUK PARLIMEN DISEKAT

Pengumuman pembatalan OD serta tarikh kuatkuasa pembatalan yang diketerbelakangkan (backdated) telah mengundang kekecohan dan hujahan panas antara MP pembangkang dan kerajaan. Perkara aneh yang terbangkit ialah MP kerajaan sendiri tidak tahu-menahu tentang pembatalan tersebut, termasuk Timbalan Speaker DS Azalina Othman Said, sedangkan Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan duka cita DYMM Agong terhadap pembatalan OD yang tidak dibincangkan dalam parlimen. Keadaan menjadi bertambah kusut apabila pada hari ketiga Sidang Khas Parlimen Kementerian Kesihatan (KKM) mencadangkan semua sesi mesyuarat di Parlimen, ditangguhkan selama dua minggu bermula 29 Julai lalu bagi mencegah perebakan jangkitan COVID-19. Secara kasar, nampaklah sangat TS Muhyiddin Yassin cuba lari daripada berdepan dengan pelbagai persoalan dan perdebatan daripada pihak pembangkang dalam Sidang Khas Parlimen itu dengan menggunakan Covid19 sebagai senjata.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: