HIPOKRASI PH UNTUK LAWAN RASUAH DAN KEMUNGKARAN

Editorial

19 Nov 2022

Presiden PKR, Anwar Ibrahim telah didakwa terlibat dalam skandal Forex-BNM bersama-sama dengan Tun Mahathir dan konco-konconya yang melibatkan dana negara sejumlah RM200 bilion ringgit.

Namun setelah PH berkuasa, siasatan terhadap kes Forex-BNM itu dihentikan.

Lantas adakah boleh disimpulkan bahawa Anwar dan PH bebas dan bersih daripada rasuah?

Walau bagaimanapun pada 1999 Anwar telah didakwa dalam kes rasuah dan disabitkan dengan kesalahan tersebut, dengan itu dia dipenjarakan pada tahun 1999 selama 6 tahun.

Lantas adakah Anwar dan PH bersih daripada rasuah?

Pada 2018, sebaik-baik memenangi PRU15, Anwar telah dibebaskan daripada penjara atas kes liwat dengan keampunan DYMM Agong.

Apakah maknanya? Maknanya dia telah mengaku bersalah, kerana hanya banduan yang mengaku bersalah sahaja diberikan pengampunan DYMM Agong.

Lantas adakah Anwar bebas dari skandal seks dan kes liwat yang dilakukannya?

Syarikat Invoke yang dikatakan milik Rafizi Ramli telah mengalami kerugian sejumlah RM3 juta pada 2020 ketika dia ‘direhatkan’ daripada kegiatan politik, setelah dijatuhi penjara 30 bulan dalam kes BAFIA. Namun dia telah diselamatkan oleh Peguam Negara PH, Tommy Thomas setelah kes BAFIA itu digugurkan.

Pada 2021 Invoke lagi sekali rugi RM4 juta, tetapi anehnya pada tahun 2022, Invoke Berjaya mengaut keuntungan sejumlah RM20 juta, setelah Rafizi giat semula dalam politik fitnah PKR.

Tidak hairanlah sekiranya SPRM telah menyerang Invoke dan menggeledah syarikat itu, sehingga Rafizi mengugut untuk memburu Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki, jika PH menang PRU15 nanti.

Lantas adakah Rafizi, PKR dan PH bebas daripada rasuah dan kemungkaran?

Kes Rasuah Lim Guan Eng dalam kes membeli Banglow murah kerana didakwa mempunyai kepentingan politik, juga telah digugurkan oleh Tommy Thomas sehingga membuatkan SPRM sendiri terkejut.

Jadi nampaknya PH memang bebas dan bersih rasuah.

Namun lagi sekali Guan Eng terlibat pula dengan rasuah projek Terowong Dasar Laut yang melibatkan nilai RM6.3 bilion. Guan Eng menuntut 10% keuntungan daripada kontraktor projek berkenaan sebagaimana didedahkan dalam prosiding kes.

Guan Eng mendakwa dia dianiaya, sedangkan rakan baiknya Ewe Swee Kheng, CEO Eweing Group yang merupakan antara saksi penting pendakwaan mati terjatuh dari tingkat 17 kondominium The Palazzo.

Bersih sungguh Guan Eng, sehingga ada yang sanggup mati kerana kes rasuahnya.

Presiden parti MUDA, yang dipersepsikan sebagai ‘sugar baby DAP’ Syed Saddiq pula diperintah membela diri dalam kes pecah amanah dan penggubahan wang haram. Tapi dia masih dicalonkan di Parlimen Muar PRU15 ini, walaupun ramai pengundi muda mahu dia menarik diri daripada bertanding.

Apabila Tommy Thomas yang merupakan peguambela kes rasuah Lim Guan Eng dilantik sebagai Peguam Negara, tidak ada seorang pun dalam kalangan PH yang melihat isu ini sebagai rasuah politik (salah guna kuasa dalam lantikan politik).

Bukan sahaja Tommy Thomas, malah lantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, juga bersih dari rasuah sedangkan dia adalah antara pemimpin tertinggi PKR.

Lantas PH nampaknya amat bersih dari rasuah dan itulah ‘keadilan’. Tetapi kontradiknya selepas itu banyak dakwaan politik dikenakan terhadap pemimpin UMNO meskipun siasatan membuktikan tiada asas tuduhan.

Terkini melalui Memoir ‘Justice in the Wilderness’ Tommy Thomas sendiri, mungkin kerana desakan ‘guilty concious’, telah mengaku bahawa dialah yang mencadangkan pelantikan Ketua Hakim Negara.

Tommy juga mengakui bahawa pelantikan itu tiada keabsahan dari aspek Perlembagaan.

Hakim itu jugalah yang telah mengekalkan sabitan kes DS Najib, yang diterjemahkan sebagai musuh ketat Mahathir.

Lantas bersih sungguh PH dari gejala rasuah.

Anehnya rakyat melihat pemerintahan PH penuh dengan huru-hara, porak-peranda  dan lintang-pukang yang dijenamakan sebagai kerajaan kakistokrasi (kerajaan yang ditadbir oleh pemimpin teruk dan tidak layak).

Hari ini rakyat melihat 93.3% pemimpin kakistokrasi PH masih dicalonkan dalam PRU15 ini.

Jika PH menang nanti, lagi sekali negara akan ‘bersih dari rasuah’, dengan pelantikan calon Perdana Menteri mereka yang lewah dengan skandal seks selain daripada kes rasuah.

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: