ADAKAH KEKALAHAN TUN MAHATHIR AKAN SEDARKAN KEEGOANNYA UNTUK BERHENTI BERPOLITIK?

Editorial

20 Nov 2022

Tun Mahathir yang tidak pernah puas melihat kaum Melayu berpecah-belah, kini mungkin berasa amat gembira apabila lagi sekali melihat parti-parti gabungan yang menolak parti cauvinis Cina DAP kalah semalam di PRU15.

Mungkin Mahathir lebih puas hati apabila melihat Pakatan Harapan menang di Semenanjung yang membolehkan DAP lagi sekali mendominasi gabungan itu.

Mahathir adalah antara 369 calon kerusi Parlimen yang kalah dengan begitu aib sekali dan hilang wang deposit selepas memperoleh undi kurang satu per lapan daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira dalam pemilihan di kawasan yang ditandingi.

Bukan sahaja Mahathir, malah anaknya Mukhriz juga telah telah kalah dan hilang wang deposit di Parlimen Jerlun.

Selain itu Timbalan Pengerusi GTA Datuk Marzuki Yahya gagal merampas kerusi Sungai Petani daripada Pakatan Harapan (PH).

Lebih jauh daripada itu, keputusan seluruh negara bagi kerusi parlimen menunjukkan bahawa GTA tidak diterima rakyat, apabila calonnya kalah di semua kawasan yang ditandingi.

Hakikatnya ia membuktikan calon-calon dari parti Gerakan Tanah Air, langsung tidak diterima oleh rakyat.

Tidaklah dapat diramalkan lagi, apakah rancangan Mahathir yang sebelum ini dilihat amat fanatik atau taksub dengan persepsi bahawa dia hebat dan sentiasa mendapat sokongan rakyat, sedangkan hakikatnya populariti Mahathir telah jatuh tersungkur merudum.

Apakah selepas ini dia akan kembali bersama PH, bertepuk tangan bahawa misi dan visinya untuk menghancurkan UMNO telah berjaya?

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: