Terkini, dalam kerajaan baharu, DAP sedang mengasah taringnya setelah terbukti bahawa kaum Cina tetap bersamanya, tetapi tidaklah diketahui sama ada doktrin ‘use Malays to screw the Malays’ telah berjaya membantu PH melumpuhkan kekuatan parti Melayu seperti UMNO, PN, Pejuang dan PAS. Adakah Anthony Loke cuba berpura-pura apabila dia mendakwa DAP bukan parti yang anti-Melayu, bukan anti-Raja-Raja Melayu dan bukan anti-agama Islam. Hakikatnya terdapat banyak bukti telah menunjukkan bahawa terdapat agenda tersembunyi yang mahu menjadikan negara ini sebuah republik, malah ada agenda yang mahu mengubah agama Islam sebagai agama rasmi negara. Loke kini adalah Setiausaha Agung DAP yang telah mengambil alih kuasa Lim Guan Eng dan mencairkan kuasa legasi Lim Kit Siang.
HIPOKRASI PH UNTUK LAWAN RASUAH DAN KEMUNGKARAN
Apabila Tommy Thomas yang merupakan peguambela kes rasuah Lim Guan Eng dilantik sebagai Peguam Negara, tidak ada seorang pun dalam kalangan PH yang melihat isu ini sebagai rasuah politik (salah guna kuasa dalam lantikan politik). Bukan sahaja Tommy Thomas, malah lantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, juga bersih dari rasuah sedangkan dia adalah antara pemimpin tertinggi PKR. Lantas PH nampaknya amat bersih dari rasuah dan itulah ‘keadilan’. Tetapi kontradiknya selepas itu banyak dakwaan politik dikenakan terhadap pemimpin UMNO meskipun siasatan membuktikan tiada asas tuduhan.
VIDEO ANWAR FITNAH DAN RENDAHKAN MARTABAT ANGKATAN TENTERA KERANA UNDI POS
Menyelar kenyataan Presiden PKR itu, Menteri Kanan Pertahanan, DS Hishammuddin Tun Hussein membidas kenyataan Anwar sebagai usaha untuk menidakkan integriti dan maruah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menerusi kepentingan politik yang sempit. Tindakan Anwar itu juga mengheret ATM dalam permainan politiknya yang terdesak bukan sahaja membuat angkatan tentera marah tetapi orang ramai juga berpendapat bahawa perlu ada had dan batasan dalam kempen politik.
VIDEO PH CABULI AGAMA DAN AKIDAH UMAT ISLAM
Lantas, menjelangnya hari mengundi pada Sabtu 19 Nov 2022, rakyat Malaysia, khususnya kaum Melayu-Islam, fikirkanlah dengan wajar siapakah yang harus dipilih.
VIDEO – LIM GUAN ENG CANTAS PERUNTUKAN RM400 JUTA HAK MELAYU, KENAPA ANWAR DIAM?
Adakah jika Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri, adakah dia akan mampu menjamin bahawa hak ekonomi Bumiputera-Melayu akan dipertahankan, memandangkan bahawa DAP adalah parti dominan dalam PH? Adakah selama Anwar berada dalam PH dia pernah membantah dalam Majlis Presiden PH terhadap tindakan memusnahkan ekonomi Bumiputera oleh Menteri Kewangan DAP? Adakah pemimpin DAP sekali lagi diberi jawatan Menteri Kewangan jika Pakatan Harapan dapat membentuk kerajaan selepas PRU15?