TUN MAHATHIR, MAHUPUN PEJUANG DAN GTA TIDAK LAGI RELEVAN DAN TERANG-TERANGAN DITOLAK RAKYAT

Kekalahan GTA bukanlah sesuatu yang mengejutkan, sebaliknya, telah dijangka, meskipun Mahathir melaungkan kegoannya tentang kekuatan GTA dan sokongan pengundi Melayu. Perkara yang mengejutkan ialah apabila skala kekalahan Pejuang dan GTA adalah sesuatu yang sungguh memalukan meskipun diketuai oleh Mahathir yang dahulunya dijulang tinggi melangit. Dengan penilaian dan telahan masa depannya yang amat kabur, amatlah tidak relevan untuk pemimpin muda dalam GTA mempertaruhkan masa depan mereka memperjuangkan kesinambungan hayat GTA mahupun Pejuang.

DARI MANA MUHYIDDIN PEROLEH DANA SEDEMIKIAN BESAR UNTUK BIAYAI PRU15?

Nampaknya dengan pelantikan Anwar sebagai PM, ramailah yang akan kepanasan, termasuk Tun Mahathir serta kroni-kroninya. Walau bagaimanapun rakyat amat berharap agar Anwar turut membongkar segala musibah badan perundangan dan kehakiman negara yang telah dinodai oleh Tommy Thomas serta mereka yang turut terkait seperti Mohd Nazlan Ghazali, bekas Gabenor Bank Negara, serta pelantikan Ketua Hakim yang bercanggah dengan perlembagaan.

ADAKAH KEKALAHAN TUN MAHATHIR AKAN SEDARKAN KEEGOANNYA UNTUK BERHENTI BERPOLITIK?

Tun Mahathir yang tidak pernah puas melihat kaum Melayu berpecah-belah, kini mungkin berasa amat gembira apabila lagi sekali melihat parti-parti gabungan yang menolak parti cauvinis Cina DAP kalah semalam di PRU15. Mungkin Mahathir lebih puas hati apabila melihat Pakatan Harapan menang di Semenanjung yang membolehkan DAP lagi sekali mendominasi gabungan itu.

HIPOKRASI PH UNTUK LAWAN RASUAH DAN KEMUNGKARAN

Apabila Tommy Thomas yang merupakan peguambela kes rasuah Lim Guan Eng dilantik sebagai Peguam Negara, tidak ada seorang pun dalam kalangan PH yang melihat isu ini sebagai rasuah politik (salah guna kuasa dalam lantikan politik). Bukan sahaja Tommy Thomas, malah lantikan Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM, juga bersih dari rasuah sedangkan dia adalah antara pemimpin tertinggi PKR. Lantas PH nampaknya amat bersih dari rasuah dan itulah ‘keadilan’. Tetapi kontradiknya selepas itu banyak dakwaan politik dikenakan terhadap pemimpin UMNO meskipun siasatan membuktikan tiada asas tuduhan.

VIDEO – LAPORAN POLIS OLEH PH TERHADAP MUHYIDDIN DAN HIPOKRASINYA BERSAMA PAS MENENTANG KRISTIANISASI

Anehnya mengapakah Muhyiddin sebagai Menteri Dalam Negeri tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap PH yang dikatakan mendapat sokongan dana daripada pertubuhan Yahudi itu. Semasa PAS bersama dengan Pakatan Rakyat, Exco Selangor Dr Hassan Ali pernah membangkitkan isu pemurtadan umat Islam di gereja Damansara, namun kenapakah PAS mengambil tindakan memecat Dr Hassan Ali? Adakah kerana PAS mahu membela Presiden PKR yang menyokong pemurtadan Lina Joy? Malahan pemimpin PAS telah mengeluarkan kenyataan bahawa isu murtad tidak penting. Kenapa ketika itu tidak penting? Adakah kerana menentang murtad akan menjejaskan peruntukan kewangan kepada PAS oleh kerajaan PKR-PH Selangor?

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: