VIDEO – LAPORAN POLIS OLEH PH TERHADAP MUHYIDDIN DAN HIPOKRASINYA BERSAMA PAS MENENTANG KRISTIANISASI

Editorial

19 Nov 2022

Kenyataan Muhyiddin dalam kempennya di Parit Jawa, Johor dua hari lepas (16 November) telah menjadi isu kontroversi kerana ditanggapi mengancam ketenteraman awam.

Laporan polis telah dibuat oleh pihak PH atas dakwaan bahawa Muhyiddin telah melanggar peraturan kempen pilihan raya apabila menggunakan isu rasisme dan keagamaan untuk menarik undi.

Dalam usahanya menyerang PH, Muhyiddin mengeluarkan kenyataan bahawa PH terbabit dalam agenda “mengkristiankan Malaysia”.

Laporan itu dibuat Pengarah Strategi PH, Bryan Ng dan Pengarah Komunikasi Pemuda PKR, Syaril Showkat Ali di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Perincian laporan Byan Ng menyatakan bahawa ucapan Muhyiddin dalam ceramah di Parit Jawa itu adalah suatu propaganda apabila dia menuduh PH berbahaya kepada umat Islam kerana PH menaja gerakan Yahudi dan terdapat (agenda) Kristianisasi di Malaysia.

Laporan Bryan juga menyebut bahawa kenyataan Muhyiddin itu berunsur fitnah dan tidak berasas yang menyentuh sensitiviti agama.

Dalam sidang media di luar IPD Dang Wangi, Bryan menggesa Muhyiddin menyerahkan bukti kepada polis, jika benar PH dikaitkan dengan gerakan sedemikian.

Manakala dalam suatu rakaman ceramah Muhyiddin hari Khamis itu dia mendakwa sekumpulan Yahudi mahu PH menang esok dan mendakwa PH bekerjasama dengan Yahudi dan orang Kristian untuk “menjajah” negara.

Dalam rakaman yang tular itu, Muhyiddin turut mendakwa ada orang Melayu ke gereja di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya kerana sudah murtad.

Tindakan Muhyiddin adalah amat ironi kerana pada Mei 2018, seelok-elok PH menang PRU14, NED (The National Endowment for Democracy) sebuah pertubuhan Yahudi sememangnya telah mengeluarkan kenyataan perakuan bahawa mereka sememangnya membantu PH sejak 20 tahun lalu.

Anehnya mengapakah Muhyiddin sebagai Menteri Dalam Negeri tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap PH yang dikatakan mendapat sokongan dana daripada pertubuhan Yahudi itu.

Semasa PAS bersama dengan Pakatan Rakyat, Exco Selangor Dr Hassan Ali pernah membangkitkan isu pemurtadan umat Islam di gereja Damansara, namun kenapakah PAS mengambil tindakan memecat Dr Hassan Ali?

Adakah kerana PAS mahu membela Presiden PKR yang menyokong pemurtadan Lina Joy?

Malahan pemimpin PAS telah mengeluarkan kenyataan bahawa isu murtad tidak penting.

Kenapa ketika itu tidak penting? Adakah kerana menentang murtad akan menjejaskan peruntukan kewangan kepada PAS oleh kerajaan PKR-PH Selangor?

Lantas, kenapakah hari ini ketika menjelangnya PRU15, baharu PAS terhegeh-hegeh menyokong Muhyiddin Yassin dalam ceramahnya di Parit Jawa itu?

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: