PAS MAHU GUNAKAN LOGONYA SENDIRI TAPI GERAKAN RELA TIDAK BERTANDING KERANA MENOLAK LOGO PAS

Editorial    

18 Okt 2022

Perikatan Nasional (PN), sebuah gabungan adhoc (tergesa-gesa dan cacamarba) parti-parti di bawah ketiak Muhyiddin Yassin telah memutuskan untuk menggunakan logo PAS di PRU15 yang mungkin berlangsung sebelum pertengahan November ini.

Pastinya PN tidak yakin dengan merit dan kredibilitinya sebagai parti yang boleh memikat hati pengundi, lantas PAS akan digunakan untuk mengelabui mata pengundi.

Dengan kata-kata lain PAS dijadikan keldai PN-Muhyiddin untuk meraih kembali kuasa ‘PM Gagal’ 17 bulan setelah tumbangnya kerajaan PH 22 bulan.

Setiausaha Agung PAS, DS Takiyuddin Hassan, berkata ketetapan itu sudah dipersetujui setakat ini.

Muhyiddin pula amat gembira sekiranya logo PAS digunakan yang bermakna semua calon-calon PN akan menggunakan logo PAS setelah PAS sendiri memuktamadkannya.

Takiyuddin melihat ia sebagai satu langkah strategik dan menggunakan rasional bahawa PKR telah menggunakan logonya sendiri dan menolak logo PH di PRN Johor.

Namun apa yang diterjemahkan ialah pertamanya PAS tidak yakin dengan logo PN dan Muhyiddin yang dilabelkan sebagai pengkhianat oleh pengundi terutamanya rakyat yang marah dengan komplot ‘Langkah Sheraton’.

Keduanya PAS tidak mahu ia dilihat sebagai menumpang PN, sebeliknya dan hakikat sebenarnya PN dan Muhyiddinlah yang menumpang kekuatan PAS serta akar umbinya.

Sebagaimana dilaporkan oleh media, kubu kuat Muhyiddin sendiri di Pagoh sedang punah, kerana rakyat Pagoh kini sudah menolak Muhyiddin manakala akar umbi yang menyokongnya terdahulu adalah akar umbi UMNO.

Di tengah-tengah kemelut itu, Parti ketiga paling dominan dalam PN iaitu Gerakan telah membantah penggunakaan logo PAS dan bertekad tidak akan bertanding di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Tindakan dan pendirian Gerakan yang diterjemahkan sebagai wakil kaum bukan-Melayu dalam PN, hanya akan memberi laluan mudah kepada MCA-BN bagi kawasan bandar yang didominasi oleh kaum Cina.

Timbalan Presiden Gerakan Oh Tong Keong berkata calon mereka bersedia menggunakan logo PN, bukan logo rakan gabungan.

Tong Keong menegaskan, prinsip parti Gerakan adalah untuk tidak menggunakan logo PAS dalam pilihan raya.

Bagi Tong Keong, Gerakan tidak akan menjadi seperti DAP yang menurutnya menggunakan logo sekutunya, PKR pada PRU lalu hanya untuk menang pilihan raya.

Hakikatnya di sini, dalam gabungan PN, masing-masing mempunyai ideologi tersendiri, dan secara senyap Gerakan membenci PAS yang dilihat hanyalah parasit dalam kerajaan PN.

Sebagaimana kata Tong Keong, “Jika ini adalah keputusan muktamad yang dibuat oleh PN (menggunakan logo PAS), kita lebih sanggup menarik diri daripada pilihan raya dan tiada ruang untuk rundingan dalam hal ini.”

Kontradik daripada pendirian Tong Keong itu, calon mereka mahu menggunakan logo Gerakan sendiri di Pulau Pinang kerana itulah kehendak akar umbi Gerakan.

Manakala calon dari parti lain dalam PN boleh menggunakan logo masing-masing jika itu yang mereka mahu.

Apakah premis yang boleh diungkapkan daripada perbalahan logo dalam kalangan komponen PN ini?

Sebagaimana juga dalam PH, hakikatnya parti-parti dalam PN mahu mempertahankan superioriti dan dominasi masing-masing di negeri-negeri yang mereka pernah kuasai.

Seperti di PRN Melaka tempoh hari, akar umbi PAS menolak kerjasama PAS dengan PPBM@Berstau kerana mereka sedar siapakah Muhyiddin sebenarnya.

Selain itu PAS tidak mahu nanti Muhyiddin atau PN menuntut kuasa di Kedah Kelantan dan Terengganu, manakala Gerakan pula tidak mahu Muhyiddin dan PN menggangu dominasi mereka di Pulau Pinang.

Hakikatnya masing-masing tidak ada semangat percaya-mempercayai antara satu dengan yang lain.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: