VIDEO – DAP SOKONG ‘SISTERS IN ISLAM’ YANG DIFATWAKAN SESAT OLEH MAJLIS FATWA SELANGOR

Editorial

18 Okt 2022

Sisters in Islam (SIS), kumpulan yang memperjuangkan feminisme telah difatwakan oleh Jabatan Agama Islam Selangor sebagai pertubuhan yang sesat dalam konteks syariat Islam.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada Julai 2014 telah mengeluarkan fatwa bahawa SIS sebagai kumpulan yang mengamalkan “liberalisme dan pluralisme” agama telah menyeleweng daripada ajaran Islam dan diklasifikasikan sebagai serta sesat.

Walau bagaimanapun pihak yang jahil dalam DAP cuba mempertahankan ideologi SIS sebagaimana anak tiri Allahyarham Khir Johari, Zairil Khir Johari yang berdarah Cina dan merupakan antara pemimpin tertinggi dalam DAP.

Demikianlah secara kasarnya kedudukan ‘Sisters In Islam’ yang telah diasaskan oleh antaranya tiga pemimpin utamanya iaitu Amina Wadud, Marina Mahathir dan Zainah Anwar.

Ajaran sesat sebegini yang boleh memecah-belahkan umat Islam telah mendapat sokongan daripada DAP.

DAP pastinya tidak akan mengaku bahawa mereka adalah anti-Islam, tetapi dalam agenda halus mereka apa sahaja yang boleh merosakkan Islam akan mereka sokong.

Lihatlah bagaimana Senator DAP mencadangkan agar status agama dalam kad pengenalan dinyahkan.

Implikasinya amat besar kerana dengan itu, status ke-Islaman umat Islam tidak lagi menjadi suatu identiti yang akan membolehkan mereka murtad, sebagaimana DAP perjuangkan dalam beberapa kes murtad dan peng-Islaman di mahkamah.

DAP pernah memberi sumbangan beberapa puluh ribu untuk membantu pergerakan SIS.

Pemimpin utama SIS, Amina Wadud pernah membangkitkan isu kontroversial apabila mengimamkan solat Jumaat di beberapa tempat di Amerika Syarikat.

Manakala Marina Mahathir, anak pemimpin tertua dunia yang kini sedang tercungap-cungap mengejar kerusi PM pada PRU15 yang menjelang tiba, telah dikecam kerana menjadikan Islamisasi di Malaysia sebagai punca Malaysia ketinggalan.

Garis ukur apakah yang dia guna sehingga menjustifikasikan Islamisasi tidak baik sehingga mendakwa negara akan maju dengan fahaman liberalisme?

Adakah Marina berfikir apabila Islam dijadikan teras negara, sesebuah negara itu akan mundur dan ketinggalan?

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: