Logo PN seperti yang dipaparkan pada benderanya, pada hakikatnya bukanlah logo, tetapi sekadar nama sebagaimana yang tertera pada bendera PN. Tiada mana-mana dalam ciri yang disenaraikan dalam sembilan kriteria memenuhi lambang yang didakwa oleh PN sebagai logonya.
PN MAHU KETUA MENTERI WANITA- ITULAH PENANDA KEKALAHAN PN
Kedudukan Mas Ermieyati sendiri dalam kabinet PM DS Ismail Sabri Yaakob dilihat tidak relevan, bagaimanakah dia sebagai Timbalan Menteri Undang-Undang, mahu pula diangkat sebagai Ketua Menteri? Tidakkah ia mencabuli norma yang ada dalam pelantikan kabinet. Tiada perkataan lain yang boleh diberikan kecuali ‘tamak haloba’ sekiranya Mas Ermieyati sendiri tidak menolak pencalonannya. Dia adalah ahli parlimen, sekarang mahu jadi ADUN pula, dia juga adalah Timbalan Menteri dan sekarang menonong menonjol-nonjolkan diri untuk dilantik sebagai Ketua Menteri pula.
MUHYIDDIN KEHABISAN MODAL KEMPEN PRN MELAKA, KECUALI KUTUK UMNO
Muhyiddin telah mengeluarkan kenyataan bahawa perjuangan PH tidak konsisten dengan perjuangan orang Melayu dan Islam, tetapi pihak yang diserangnya adalah UMNO-BN. Kenapa? Jawapannya adalah kerana PH merupakan rakan sekongkolnya dan PH juga membawa wawasan dan matlamat untuk membunuh UMNO sebagaimana penubuhan Bersatu. Ia juga menjadi relevan untuk hipotesis yang mengatakan bahawa PH juga tidak sekuat mana pada PRN Melaka ini sebagaimana keluhan jentera pilihan raya PH. Lantas Muhyiddin tidak perlu menentang PH, apatah lagi Bersatu tiada akar umbi di Melaka, sedangkan Bahagian Bersatu Pagoh sendiri runtuh dan dibubarkan!
VIDEO – AKAR UMBI PAS TOLAK KERJASAMA DENGAN BERSATU DAN PERIKATAN NASIONAL DI PRN MELAKA
Wakil akar umbi PAS serta beberapa ahli PAS berkumpul di hadapan Pejabat PAS PUSAT di Kuala Lumpur untuk menyampaikan bantahan akar umbi dari serata negeri seluruh negara. Beberapa baner yang mengutuk kerjasama PAS dan Bersatu juga kelihatan terpacak bersama kehadiran mereka.
PAS BERETORIK TENTANG PERPADUAN MELAYU-ISLAM
Nampak sangat PAS hanya beretorik kerana jika dia benar-benar mahu menyatukan umat Melayu-Islam di negara ini, kenapa tidak tarik bersama parti Amanah dan PKR? Jelas sekali PAS termakan dengan pancingan Bersatu, apabila ia kelihatan seperti lebih memanjakan Bersatu, parti ciput melukut di tepi gantang itu. Kalau jujur hendak menyatukan parti yang tidak berpihak kepada pembangkang, PAS sepatutnya mengutamakan UMNO daripada parti ciput seperti Bersatu.