15 AHLI PARLIMEN SEDIA LETAK JAWATAN – RANCANGAN MAHATHIR & TUN DAIM MENYOGOK RM 3.8 BILION UNTUK MENUMBANGKAN ANWAR

Rencana terjemahan daripada Finance Twitter

29 April 2023

Selain kegagalan memujuk Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi untuk menolak Perdana Menteri ke-10 Anwar Ibrahim, pihak Perikatan Nasional (PN) juga telah gagal untuk menjatuhkan Zahid semasa pemilihan dalaman parti bulan lepas.

Dengan majoriti penyokong setia Zahid mengawal Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Kerajaan Perpaduan nampaknya tidak tergoyah oleh rancangan Perikatan Nasional.

Kira-kira seminggu yang lalu, usaha bekas PM Muhyiddin Yassin untuk menyahbekukan akaun partinya di CIMB dan Ambank juga gagal apabila akaun Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) telah disita sepenuhnya.

Langkah untuk membekukan akaun pada 12 dan 13 Januari di bawah Seksyen 44 anti-pengubahan wang haram dan pembiayaan anti-keganasan hanya sah selama 90 hari.

Bagaimanapun, berkuat kuasa 11 April lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan akaun yang dibekukan itu telah disita.

Susulan itu, empat pertuduhan salah guna kuasa dan dua pertuduhan pengubahan wang haram telah dikenakan ke atas Muhyiddin pada 10 Mac,

Muhyiddin terperangkap di bawah Seksyen 50 dan bukannya Seksyen 44 akta berkenaan. Pendek kata, Bersatu kini menggelabah kerana tidak akan dapat mengakses dananya sendiri.

Sudah tentu, Muhyiddin telah mencuri berbilion-bilion dalam skandal Covid RM600 bilion semasa pemerintahannya yang tidak sah selama 17 bulan (Mac 2020 – Ogos 2021).

Sebahagian daripada wang haram itu telah memberi manfaat kepada rakan kongsinya – Parti Islam Malaysia (PAS), selepas itu kedua-dua parti berbelanja besar untuk memenangi 74 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum November 2022.

Wang dalam akaun Bersatu, pada mulanya dibekukan dan kemudian disita, hanyalah sebahagian daripada masalah yang jauh lebih besar dan tersorok.

Kebanyakan wang yang dicuri telah disalurkan ke akaun luar pesisir di Switzerland, Dubai atau United Kingdom, atau disembunyikan di negara itu.

Masalahnya penyangak tidak boleh mengambil risiko menggunakan wang kotor itu tanpa dijejaki dan didedahkan oleh pihak berkuasa.

Memandangkan enam pilihan raya negeri akan menjelang tiba pada antara Jun dan Ogos tahun ini, blok pembangkang kini kelam-kabut cuba mendapatkan pembiayaan untuk merasuah pengundi.

Sebarang percubaan untuk mengulangi kempen dan strategi pilihan raya mega tahun lepas akan mengundang perhatian dan siasatan yang tidak diingini.

Perkara yang amat merosakkan PN ialah tuduhan rasuah terhadap Muhyiddin, yang telah berjaya menipu orang Melayu yang bahawa dia bersih.

Malah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang juga mengalami masalah. Dia boleh kehilangan kerusi parlimen Marang kerana membel undi. Kecuali mereka menang besar dalam pilihan raya negeri (Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu), namun masalah yang dihadapi Perikatan Nasional boleh mengakibatkan kehancuran Bersatu, dan kemusnahan pakatan Bersatu-PAS.

Ikrar Anwar Ibrahim untuk membanteras rasuah bukan sahaja menggegar tulang belakang Muhyiddin, tetapi juga seorang bekas Perdana Menteri – Mahathir Mohamad.

Natijahnya, sudah terdedah apabila bekas ahli politik yang tegar seperti Daim Zainuddin dan kroni bilionair Mahathir, Syed Mokhtar Al-Bukhary, juga menjadi sasaran penyiasatan skandal rasuah oleh kerajaan baharu.

Sementara itu, SPRM juga telah memulakan siasatan ke atas Daim, 84 tahun, berhubung akaun rahsia luar pesisirnya yang didedahkan dalam Kertas Pandora.

Mahathir yang kini berusia 97 tahun pula bersedia untuk menentang anak didiknya yang pernah menjadi musuhnya iaitu Anwar, di mahkamah berhubung dakwaan bahawa bekas Perdana Menteri itu telah memperkayakan keluarganya selama 22 tahun melalui pemerintahan kuku besi (1981-2003) yang menyaksikan rasuah, nepotisme dan kronisme berleluasa.

Kini, khabar angin dan spekulasi tersebar mengenai percubaan baru untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar.

Tidak seperti “Langkah Sheraton” yang terkenal pada 2020, apabila kerajaan Pakatan Harapan yang dipilih secara demokrasi digulingkan oleh pengkhianat bernama Muhyiddin, yang merancang bersama-sama musuhnya untuk membentuk kerajaan pintu belakang. Namun versi rampasan kuasa kali ini akan menyaksikan Mahathir dan Daim sebagai peneraju.

Seperti Mahathir, yang telah dua kali menduduki kerusi Perdana Menteri (kali kedua berlangsung selama 22 bulan), Daim juga pernah berkhidmat dua kali sebagai Menteri Kewangan (1984-1991 dan 1999-2001).

Daim adalah rakan kongsi Mahathir yang paling dipercayai, sehinggakan bekas Perdana Menteri itu mengesyorkan Daim diberikan gelaran “Tun” – penghormatan tertinggi di Malaysia – apabila beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan pada Mac 1991.

Lebih hebat lagi, Daim telah mengumpul kekayaan besar yang menjadikannya pemilik sebuah bank Switzerland – ICB Banking Group – yang mengendalikan kira-kira 222 cawangan dan 130 ATM di seluruh dunia.

Di bawah kumpulan perbankan itu, dia memiliki 14 lagi bank di seluruh Asia. Selain itu, dia dilaporkan memiliki sekurang-kurangnya RM65 bilion nilai saham dalam pasaran saham Malaysia.

Bayangkanlah kekayaan peribadi Mahathir apabila leftenannya yang dipercayai pernah menjadi antara orang terkaya dunia yang tidak dilaporkan di negara ini.

Dengan akaun Bersatu di luar jangkauan, Daim dan Mahathir dijangka membiayai semua perbelanjaan dalam rampasan kuasa terbaharu untuk menggulingkan Anwar, termasuk pilihan raya negeri serta rasuah untuk Ahli Parlimen dalam Kerajaan Perpaduan supaya meletakkan jawatan – dan memaksa pilihan raya kecil diadakan.

‘Orang dalam’ UMNO telah mendakwa 15 Ahli Parlimen, termasuk 2 Ahli Parlimen dari parti Anwar sendiri – PKR (Parti Keadilan Rakyat) – bersedia untuk menyokong blok Pembangkang, dan bertanding semula di bawah panji Pembangkang selepas peletakan jawatan beramai-ramai.

Mengetuai pengkhianat, pensabotaj dan provokator ialah bekas panglima perang UMNO iaitu Hishammuddin Hussein, yang telah digantung keahlian oleh partinya sendiri selama 6 tahun.

Hishammuddin bertanggungjawab menghasut 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional untuk menyokong Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ke-10 selepas pilihan raya umum ke-15.

PN menggunakan kuasanya untuk menggantung Parlimen (melalui Ordinan Darurat). Senarai itu termasuk Ahli Parlimen daripada parti komponen Barisan Nasional – dua Ahli Parlimen dari MCA (presiden parti Wee Ka Siong dan Wee Jeck Seng) dan seorang Ahli Parlimen dari MIC (Saravanan).

Walaupun undang-undang anti-lompat menghalang Ahli Parlimen daripada melompat parti kecuali melalui pembelotan en-bloc, ia memungkinkan Zahid (sebagai Presiden UMNO) bersetuju untuk menarik balik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan, seorang Ahli Parlimen yang meletak jawatan bebas untuk menyertai parti politik lain dan masih boleh bertanding tanpa sebarang penalti. Ini disebabkan oleh kelemahan Akta – sama ada sengaja atau tidak tahu.

Nampaknya, peruntukan anti-lompat telah “menghapuskan” Fasal (6) Perkara 48, yang menghilangkan kelayakan seseorang daripada menjadi ahli Dewan Rakyat untuk tempoh 5 tahun jika mereka meletakkan jawatan sebagai ahli Dewan Rakyat.

Pada asasnya, dengan sekatan ini, ia membolehkan Ahli Parlimen yang meletak jawatan untuk memohon pemilihan semula pada bila-bila masa.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa masalah dengan rancangan besar Mahathir dan Daim.

Pertama sekali, siapa yang akan menjadi Perdana Menteri jika rancangan itu berjaya?

Muhyiddin dipercayai terlalu terdesak untuk mengelak daripada penjara sehingga sanggup menawarkan jawatan Perdana Menteri kepada GPS (Gabungan Parti Sarawak). Tetapi ia menghadapi halangan kerana negeri Borneo enggan meninggalkan UMNO secara en bloc.

Rundingan sulit tentang ‘jual-beli’ kuasa itu turut melibatkan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dan Bersatu, Azmin Ali apabila kedua-duanya bergelut untuk meyakinkan GPS bahawa episod memalukan kira-kira 6 bulan lalu tidak akan berulang.

Ketika itu, Muhyiddin telah mengelirukan pengerusi GPS Abang Johari Openg untuk mempercayai bahawa 10 Ahli Parlimen Barisan Nasional akan berpaling tadah, hanya retorik yang sungguh memalukan.

Segala-galanya pecah apabila Zahid menafikan Barisan Nasional terlibat dalam sebarang rundingan dengan Gabungan Parti Sarawak untuk membentuk Kerajaan Persekutuan bersama Perikatan Nasional.

Tanpa Barisan Nasional (30 Ahli Parlimen), Pakatan Harapan (82 Ahli Parlimen) mahupun Perikatan Nasional (74 Ahli Parlimen) tidak mempunyai angka ajaib untuk membentuk kerajaan baharu di Parlimen yang mempunyai 222 kerusi.

Hari ini, Kerajaan Perpaduan menikmati sokongan majoriti dua pertiga, membentuk kerajaan yang stabil dan kukuh yang diidamkan oleh pelabur asing.

Manakala GPS telah diberi ganjaran dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Lantas mengapa blok Pembangkang perlu menggoyahkan kedudukan stabil kerajaan sedia ada dan kembali kepada kerajaan pintu belakang yang tidak stabil sebagaimana kegoyahan kerajaan PN selama 33 bulan sebelumnya yang telah menakutkan ekonomi, pelabur, pasaran saham dan mata wang tempatan?

Kedua, walaupun Mahathir cuba menyogok Abdul Taib Mahmud, bekas Ketua Menteri Sarawak yang paling korup (1981-2014) yang kini menjadi Gabenor, GPS perlu mempertimbangkan rasa tidak puas hati rakyat Sarawak atas kerjasama dengan PAS yang merupakan ekstremis agama.

Pada November lalu, Abang Johari dimarahi oleh ahli yang membantah sokongan GPS terhadap Muhyiddin yang dilihat sebagai tergopoh-gapah.

Pemberontakan bermula selepas ‘Perdana Menteri Borneo’ itu menyokong Perikatan Nasional walaupun mengetahui parti Islam PAS adalah anti-Kristian – malah menggalakkan kebencian perkauman, xenofobia, dan semua bentuk ketaksuban.

Pandangan fanatik perkauman Muhyiddin menuduh orang Kristian bekerjasama dengan Yahudi untuk mengkristiankan Malaysia, manakala Hadi pula cuba meradikalisasikan rakyat Islam dengan ekstremisme agama yang ganas.

Aktivis Sarawak Peter John Jaban memberi syarahan dan amaran kepada Abang Johari – “Sarawak telah meletakkan kepercayaannya kepada GPS. Jangan mengkhianati kami sekarang dalam tergesa-gesa untuk menandatangani perjanjian yang perlu dihayati oleh semua rakyat Malaysia untuk 5 tahun akan datang dan seterusnya. Kenyataan anti-Kristian Muhyiddin yang taksub pada malam pilihan raya menunjukkan sikap paling buruk tanpa toleransi agamanya sendiri atau kesanggupannya sendiri menggunakan sentimen ekstremis untuk memenangi pilihan raya.”

Pada hujung minggu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah terpaksa bertindak balas kenyataan PAS, yang menentang penubuhan kasino di Borneo Highland kerana perjudian adalah “haram” dalam Islam. Beliau menegaskan kepada parti Islam itu bahawa Sarawak bukan hanya untuk orang Islam, malah prinsip PAS itu menyukarkan kerjasama dengan GPS.

Ketiga, keutamaan Sarawak adalah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), apabila Sabah dan Sarawak sepatutnya menjadi rakan kongsi yang sama kepada Persekutuan Tanah Melayu, tetapi perjanjian itu telah terhakis dan dilanggar.

Minggu lalu, Timbalan PM Fadillah Yusof sekali lagi mengingatkan peruntukan 35% daripada 222 kerusi di Parlimen bagi kedua-dua negeri Borneo untuk menjaga hak ke atas sumber hasil buminya.

Untuk menuntut kembali perjanjiannya yang sah, satu cara adalah dengan melukis semula sempadan dan mengagihkan semula kerusi parlimen dalam proses persempadanan semula yang dijadualkan pada 2026.

Sebagai alternatif, ia juga boleh dilakukan jika Parlimen memutuskan untuk menambah bilangan kerusi di Dewan Rakyat, yang memerlukan sokongan majoriti dua pertiga. Pada masa ini, hanya Kerajaan Perpaduan yang mempunyai angka ajaib.

Keempat, tiada jaminan bahawa kesemua 15 Ahli Parlimen yang meletak jawatan dan bertanding semula akan memenangi semula kerusi masing-masing.

Sebagai contoh, presiden MCA Wee Ka Siong mengekalkan kerusi Ayer Hitam kerana undi UMNO-Melayu, begitu juga Wee Jeck Seng (Tanjung Piai) dan Saravanan (Tapah). Malah Hishammuddin tidak pasti beliau boleh mengekalkan kerusi Sembrong jika beliau bertanding di bawah panji Perikatan Nasional.

Kelima, tiada siapa tahu sama ada tsunami yang dipanggil “gelombang hijau” semasa Pilihan Raya Umum ke-15 akan berulang. Jadi, patutkah 15 Ahli Parlimen itu meletakkan jawatan dan bertanding pada masa yang sama enam pilihan raya negeri berlangsung, atau patutkah mereka bertahan dan menunggu keputusan pilihan raya negeri untuk memastikan mereka tidak membuat keputusan bodoh? Jika tsunami telah hilang, apa gunanya melakukan “kamikaze”?

Hakikat bahawa kedua-duanya Bersatu dan PAS telah membantah bersungguh-sungguh dalam isu kecil – rumah terbuka Hari Raya PM Anwar – menunjukkan bahawa pembangkang sebenarnya tidak yakin ia boleh melakukannya dengan baik dalam pilihan raya negeri akan datang.

Penarafan sokongan rakyat terhadap Anwar kini berada pada 68%, apatah lagi dengan peningkatan komitmen pelaburan Ringgit dan RM170 bilion China selepas lawatannya ke China.

Keenam, Daim terpaksa membuat tawaran yang tidak dapat ditolak demi memancing 15 Ahli Parlimen untuk mengkhianati Kerajaan Perpaduan.

Sebelum ini, bekas Adun DAP Hee Yit Foong ditawarkan RM25 juta oleh PM Najib Razak ketika itu untuk mengkhianati partinya pada 2009 sehingga membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak. Oleh itu, tanda harga konservatif atau nilai sogokan hendaklah antara RM50 juta hingga RM100 juta bagi setiap MP.

Lantas ia akan menelan belanja Daim dan Mahathir sebanyak RM750 juta hingga RM1.5 bilion.

Namun, jumlah Ahli Parlimen hanya 89 (74 Ahli Parlimen Perikatan Nasional ditambah 15 pengkhianat), kurang 23 Ahli Parlimen. Walaupun Gabungan Rakyat Sabah (6 Ahli Parlimen GRS) dan Warisan (3 Ahli Parlimen) menyertai gerombolan pengkhianat itu, blok Pembangkang tetap kekurangan 14 kerusi untuk membentuk kerajaan majoriti mudah. Oleh itu, penyertaan GPS Sarawak adalah amat penting.

Ini bermakna Daim dan Mahathir perlu merasuah bukan sahaja 15 Ahli Parlimen Barisan Nasional, tetapi sejumlah 38 Ahli Parlimen.

Persoalannya ialah sogokan antara RM1.9 bilion dan RM3.8 bilion tidak memberikan apa-apa jaminan yang boleh menjatuhkan Anwar.

Adakah lebih murah untuk membuat perjanjian dengan Perdana Menteri?

Selain itu, betapa sukarnya PM untuk membalas tawaran kepada sekurang-kurangnya 15 Ahli Parlimen berkenaan dengan jawatan pengerusi bagi mengimbangi ancaman itu?

Lebih penting lagi, Muhyiddin dan Hadi yang angkuh telah mengkhianati, menipu, menghina, memperlekehkan dan tidak menghormati keluarga DiRaja – daripada Sultan Perak hinggalah kepada Sultan Abdullah.

Lebih buruk lagi, Mahathir adalah Perdana Menteri yang sama yang pertikaian kuasa Raja-Raja Melayu serta pertelingkahan berpanjangan yang telah berlarutan selama lebih 40 tahun, bermula sejak 1983.

-Terjemahan daripada rencana dalam Finance Twitter

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: