PENGUNDI DIPERBODOHKAN AHLI PARLIMEN ‘KAKI PONTENG’ SIDANG YANG JELAS TIDAK AMANAH

Editorial

7 April 2023

SUNGGUH bertentangan dengan amanah yang diberikan oleh pengundi pada waktu pilihan raya apabila melantik mereka menjadi ‘wakil rakyat’ baik di Dewan Rakyat mahupun di DUN, apabila mereka ponteng dan mengabaikan amanah yang diberikan.

Ada ahli parlimen PAS yang dengan megahnya mengatakan lebih baik beribadah di masjid daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat dan ada yang mengatakan bahawa Dewan Rakyat bukan sekolah yang mewajibkan kehadiran.

Sekiranya prinsip itulah yang dipegang oleh ahli-ahli parlimen ini, maka dengan jelas mereka tidak amanah kepada rakyat yang memilih mereka.

Sewajarnya harus ada undang-undang yang membatalkan pemilihan mereka sebagai ahli parlimen sekiranya tidak hadir sidang lebih daripada peratus kehadiran yang perlu ditetapkan.

Tindakan DUN Selangor melucutkan kedudukan Harumaini Omar tempoh hari sebagai ADUN Batang Kali dan mengisytiharkan DUN tersebut sebagai disokongkan adalah suatu yang wajar, daripada membiarkan wakil rakyat yang tidak amanah kepada pemilihan rakyat.

Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim berkata, perlucutan itu adalah antara akta Undang- Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 apabila Harumani tidak hadir tanpa kebenaran speaker pada persidangan DUN selama enam bulan.

Dalam isu terkini, media melaporkan tiga pemimpin tertinggi Perikatan Nasional (PN) telah gagal memanfaatkan Sesi Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) selepas tidak hadir di Dewan Rakyat ketika sesi terbabit berlangsung.

Maklumat itu dikongsikan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil yang memaparkan tempat duduk kosong Ketua Pembangkang, DS Hamzah Zainudin (PN-Larut), Presiden Bersatu TS Muhyiddin Yassin (Pagoh-PN) dan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang (Marang-PN) pada 3 April lalu.

Inilah platform terbaik bagi pihak pembangkang terutamanya Ketua Pembangkang untuk membangkitkan isu rakyat kepada PM, tetapi malangnya mereka tidak amanah terhadap pemilihan rakyat-pengundi.

Dalam sesi berkenaan setiap Ahli Parlimen diberikan kesempatan untuk melontarkan soalan utama kepada PM, dengan wakil rakyat lain boleh mengajukan soalan susulan.

Sungguh mengecewakan pengundi apabila tiga pimpinan utama blok pembangkang tersebut mengabaikan tanggungjawab mereka, tetapi amat lantang di luar parlimen mengutuk dan membangkitkan isu.

Itu pengecut dan hanya hebat sebagai ‘kaki putar alam’ sahaja.

Mereka melakukan dua tiga kerja mendepani kos sara hidup, inflasi, atau masalah ketiadaan kerja di ibu kota. 

Dalam satu berita bertarikh April 2022 satu analisis kehadiran Ahli Parlimen telah didedahkan.

Rekod kehadiran buruk dalam kalangan pemimpin tertinggi parti jatuh di atas pundak Muhyiddin Yassin yang juga pengerusi Perikatan Nasional (PN) dan Presiden Bersatu.

Dialah pemimpin utama Bersatu yang mendominasi PN yang gah dengan kekuasaannya ketika menduduki kerusi PM, dan mencanangkan bahawa PN bersih dan maksum kerana mengabdikan diri kepada rakyat konon.

Malah dia mengaku dirinya “abah” kepada rakyat Malaysia tetapi sebagai Ahli Parlimen hanya hadir di Dewan Rakyat sebanyak 17 daripada 71 yang dikira iaitu hanya 23.9% kehadiran.

Adakah orang begini yang dipilih oleh rakyat, kecuali mereka yang bodoh dan diperbodohkan.

Tidak hairanlah sekiranya terdapat laporan pengundi dirasuah dengan gula-gula pilihan raya demi mempertahankan ‘kaki ponteng’ sedemikian.

Selain daripada Muhyiddin, Ahli Parlimen pembangkang lain yang kerap tidak hadir ke Dewan Rakyat ialah Abdul Hadi Awang (Marang) (29.5% kehadiran) dan Hamzah Zainudin (Larut) (28% kehadiran).

Sewajarnya ‘kaki ponteng’ sebegini digugurkan kedudukan mereka sebagai ahli parlimen kerana tidak amanah kepada rakyat yang memilih mereka.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: