KABINET BAYANGAN ATAU AGENDA JATUHKAN KERAJAAN PERPADUAN?

8 Feb 2023

Editorial

Meskipun ia sekadar meliputi urusan parlimen dalam hal memperkukuhkan peranan PN selaku pembangkang, dan menyelaraskan pengurusan parti, namun menguar-uarkannya sebagai ‘Barisan Kabinet Bayangan’, pastinya mengelirukan rakyat.

Pelbagai spekulasi terbangkit, yang antara lain ia seperti menubuhkan satu barisan ‘Kabinet PN’ untuk menentang, menjatuhkan, dan menggantikan Kerajaan Perpaduan yang telah diperkenankan oleh DYMM SPB YDP Agong bagi menerajui pentadbiran negara.

Sungguh memalukan apabila kaki ponteng sidang parlimen serta Menteri yang menerima ‘gaji buta’ masih diangkat menjadi teraju utama dalam ‘kabinet bayangan’ PN itu.

Sekiranya ia adalah satu strategi ‘psywar’ atau perang saraf untuk menentang barisan kabinet ‘Kerajaan Perpaduan’ sedia ada, maka sudah terang lagi bersuluh, ia hanyalah mamai di siang hari.

Rakyat belum memadamkan dan masih tetap kekal dalam ingatan mereka, bagaimana TS Muhyiddin Yassin membeloti keranaan PH melalui ‘Langkah Sheraton’ yang menumbangkan kerajaan PH pimpinan Tun Mahathir dalam keadaan yang amat mengejutkan.

Sekiranya rakyat, tertutamanya daripada majoriti kaum Melayu yang tertekan dengan gelagat buruk DAP yang mendominasi PH, malah menjadikan Mahathir sebagai ‘boneka’ mereka, maka rasional itu mungkin amat melegakan kaum Melayu.

Namun apa yang menyedihkan, Muhyiddin telah dibuktikan gagal membela rakyat apabila pelbagai isu genjot terbangkit, seperti menggunakan Ordinan Darurat untuk melindungi perbelanjaan dana negara sejumlah RM600 bilion wewenangnya daripada diperdebatkan di Dewan Rakyat, meningkatkan hutang negara yang mendadak, menakutkan pelabur asing sehingga Bursa Saham KL jatuh terburuk dalam sejarah, melaksanakan PKP ‘separuh masak’ yang mengurung rakyat daripada melaksanakan rutin harian mereka untuk mencari rezeki, serta kegagalan yang amat jelas dan signifikan dalam menangani wabak Covid19, serta beberapa lagi yang amat mengecewakan semua golongan, baik golongan bawahan dan atasan.

Muhyiddin dan kerajaan PN telah menjadikan penderitaan rakyat sebagai antara ‘kejayaannya’ sehingga tercetus gejala ‘bendera putih’ manakala ramai pula rakyat yang terperangkap dengan tekanan ekonomi telah membunuh diri.

Selain daripada itu, undang-undang dan campur tangan pemimpin tamak haloba dalam badan kehakiman negara telah dipersepsikan oleh rakyat tidak ditangani dengan adil dan saksama.

Tidak hairanlah sekiranya BN-UMNO mengambil langkah untuk menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin.

Akibatnya pada penggal lalu wujudnya TIGA Perdana Menteri yang membuat pelabur asing lari meninggalkan Malaysia, yang memberi dampak yang sungguh mengejutkan apabila Vietnam, Indonesia dan Thailand diterjemahkan sebagai jauh lebih berjaya dalam pencapaian ekonomi.

Kami membangkitkan isu ekonomi kerana sekiranya kerajaan gagal menyekat ‘kelaparan rakyat’ maka usahlah mendabik dada sebagai kerajaan yang mendapat sokongan rakyat.

Hari ini terdedah bagaimana rakyat disogokkan dengan wang untuk kemenangan pada PRU15 dengan cara yang amat menjijikkan.

Meskipun SPRM sedang bertindak dalam proses siasatan dan dakwaan terhadap rasuah pilihan raya, namun persepsi rakyat terhadap PN sudahpun jahanam dan memualkan.

Jika kabinet bayangan Muhyiddin-PN mahu mengulangi ‘Langkah Sheraton’ maka lupakanlah niat buruk dan jahat itu.

Berikanlah peluang kepada DS Anwar Ibrahim serta kabinetnya yang dilihat mengimbangan komposisi kaum yang tidak lagi didominasi oleh DAP, untuk mentadbir negara tanpa ganggu-gugat dengan nafsu serakah Muhyiddin-PN yang bertunjangkan wang dan kuasa.

*****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: