SYED SADDIQ DIPROVOK KUMPULAN PEMUDA BAJU HITAM: ADAKAH IA SUATU LAGI SANDIWARA SADDIQ?

Editorial

17 Oktober 2022

Mereka menolak PRU15 diadakan dalam masa terdekat ini, atas alasan banjir, namun dalam pada itu PH sedang sibuk dengan kempen mereka di serata tempat sebagaimana mereka tunjukkan di Muar pada malam Ahad.

Dalam situasi yang amat menekan Syed Saddiq setelah diheret ke mahkamah oleh anggota Armada Bersatu kerana menyelewengan wang parti sejumlah RM1 juta, dan isu mendapatkan kawasan Parlimen PH untuk bertanding pada PRU15, tidaklah mengejutkan sekiranya dia menggunakan taktik politik tempang untuk meraih simpati pengundi Parlimen Muar.

Sebagaimana dilaporkan oleh Malaysiakini, Naib Presiden Muda, Mutalib Uthman menjelaskan ceramah pada mulanya tenang bertukar menjadi tegang apabila Presiden Muda itu, Syed Saddiq mula berucap.

Ketika itu sekumpulan pemuda berbaju hitam bertindak memprovok Syed Saddiq dengan jeritan ‘penipu’ dan disusuli dengan cubaan untuk merusuh kawasan khemah.

Jelasnya, cubaan mereka merempuh khemah gagal apabila dihalang oleh sekumpulan penyokong Muda dan polis yang membentuk penghalang daripada memasuki khemah.

Kumpulan itu pulang dengan menaiki motosikal tapi masih melakukan provokasi dengan membuat bising menggunakan motor mereka di jalan berhadapan kawasan ceramah.

Adakah ini satu realiti atau lagi sekali sandiwara Syed Saddiq untuk menagih simpati rakyat? Untuk melengkapkan sandiwaranya sudah ada tangan yang menuding jari kepada UMNO?

Itulah jalan mudah untuk menarik pengundi atas pagar di Muar yang menyokong UMNO, supaya beralih kepada MUDA, sedangkan rakyat tahu parti manakah yang berdarah-dagingkan samseng dan lahir di tepi jalan?

Pemuda UMNO Muar tidak berdiam diri atas fitnah dan tuduhan tidak berasas Syed Saddiq bahawa pemuda baju hitam itu adalah anggota Pemuda UMNO. Ketua Pemuda UMNO Muar, Mohd Helmy Abd Latif berkata, Syed Saddiq dan beberapa pemimpin parti itu telah menuduh pihaknya membuat provokasi dan kekacauan ketika ceramah mega MUDA Muar yang berlangsung semalam.

Sumber: MYKMU

Tuduhan Syed Saddiq itu dibuat dalam bentuk ucapan dan beberapa hantaran dalam twitter dengan menuduh Pemuda UMNO sebagai kumpulan yang mencetuskan kekecohan semasa Syed Saddiq sedang berucap di perkarangan pejabat parti itu di Muar.

Walau apapun, terdapat video dan foto pihak kumpulan baju hitam itu yang boleh menjadi bukti pihak polis untuk mengenal pasti siapakah mereka ini.

MB Johor, Onn Hafiz, pernah membidas Saddiq dengan sandiwaranya apabila ribuan sukarelawan dan puluhan NGO dari setiap pelusuk Johor dan negara turun membantu mangsa banjir, namun hanya ahli parlimen Muar, Syed Saddiq yang mahu merosak dan memburukkan imej kerajaan Johor.

YAB Onn berkata, “Syed Saddiq perlu berhenti bersandiwara semata-mata hendak menutup kelemahannya sendiri. Mereka yang terperdaya mungkin orang luar yang tidak tahu situasi dan keadaan sebenar. Orang Muar dan Johor arif sangat dengan realiti sebenar dan mereka sesungguhnya tak sempat pun nak tengok drama Saddiq kerana banyak lagi kerja lain yang perlu dilaksanakan.”

Dengan itu timbul spekulasi bahawa sesiapa sahaja boleh mengupah pemuda-pemuda rempit untuk mewujudkan suatu drama provokasi sebagai ‘reverse psychology’ untuk meraih simpati rakyat.

Tragedi yang menimpa Syed Saddiq kali ini jauh berbeza daripada apa yang telah berlaku di Ulu Tiram dahulu apabila dia terpaksa lari lintang-pukang menyelamatkan diri sehingga menjadi popular sekejap apabila gambar dia memanjat pagar tertular dalam medsos.

Politik membolehkan apa sahaja kepura-puraan apabila musuh boleh menjadi sahabat, dan sahabat boleh menjadi musuh dalam sekelip mata.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: