Jelasnya, cubaan mereka merempuh khemah gagal apabila dihalang oleh sekumpulan penyokong Muda dan polis yang membentuk penghalang daripada memasuki khemah. Dalam laporan Malaysiakini, tidak pula dinyatakan bahawa Saddiq atau wakilnya telah membuat laporan Polis ke atas insiden provokasi itu yang boleh membawa kepada pegaduhan penyokongnya dengan kumpulan berbaju hitam itu. Dengan itu timbul spekulasi bahawa sesiapa sahaja boleh mengupah pemuda-pemuda rempit untuk mewujudkan suatu drama provokasi sebagai ‘reverse psychology’ untuk meraih simpati rakyat.