SATU TEMBAKAN MAUT PADA DADA DIN PAGOH APABILA NAIB PRESIDEN UMUM KELUAR PARTI

Ia satu tindakan yang akan mengalahkan batalian tentera di kubu pertahanan apabila Leftenan Jeneral yang dipercayai telah lari meninggalkan kubu pertahanan sebelum menembak dada Jeneral tepat di dada. Demikianlah analogi yang boleh digambarkan apabila Naib Presiden PPBM (Bersatu) Dtk Mohd Rafiq Naizamohideen telah mencanangkan bahawa dia akan keluar meninggalkan parti.  

SYED SADDIQ DIPROVOK KUMPULAN PEMUDA BAJU HITAM: ADAKAH IA SUATU LAGI SANDIWARA SADDIQ?

Jelasnya, cubaan mereka merempuh khemah gagal apabila dihalang oleh sekumpulan penyokong Muda dan polis yang membentuk penghalang daripada memasuki khemah. Dalam laporan Malaysiakini, tidak pula dinyatakan bahawa Saddiq atau wakilnya telah membuat laporan Polis ke atas insiden provokasi itu yang boleh membawa kepada pegaduhan penyokongnya dengan kumpulan berbaju hitam itu. Dengan itu timbul spekulasi bahawa sesiapa sahaja boleh mengupah pemuda-pemuda rempit untuk mewujudkan suatu drama provokasi sebagai ‘reverse psychology’ untuk meraih simpati rakyat.

VIDEO – KLUSTER MAHKAMAH MENGALU-ALUKAN KEAHLIAN SYED SADDIQ

Kini, dalam usia semuda 29 tahun Saddiq sudah digelar kluster mahkamah dan pastinya keahlian Saddiq sebagai ahli kluster mahkamah dialu-alukan. Setelah tamat perbicaraan nanti, di manakah kedudukan Saddiq sebagai ahli politik? Adakah Saddiq akan menjadi ‘banduan’ sebagaimana label yang sering dijaja oleh Mahathir terhadap DS Najib?

SYED SADDIQ BERHADAPAN PENJARA 30 TAHUN

Sebagaimana yang telah berlaku pada era pemerintahan PH, Saddiq mungkin terselamat, apabila konco-konco PH diselamatkan oleh Peguam Negara, Tommy Thomas dengan menggunakan kuasa prerogatif, yang diterjemahkan sebagai ‘undang-undang rimba’ oleh ramai penganalisis. Tapi malangnya bagi Saddiq, era ‘undang-undang rimba’ PH sudah berlalu, dan rakyat sedang berjuang agar ia tidak wujud kembali, setelah PH kalah teruk di PRN Melaka, PRN Sarawak dan PRN Johor

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: