BUKTI VIDEO DAP MAHU JADIKAN AGAMA KRISTIAN SEBAGAI AGAMA RASMI NEGARA

Editorial

17 Okt 2022

Ketika Senator Tan Sri Pof. Dr Ibrahim Abu Shah mendedahkan bahawa DAP mahu jadikan negara ini sebuah ‘Republik Kristian Evangelis-Zionis’ sebagaimana didedahkan oleh buku ‘The Armies Of God- A Study in Militant Christianity’ tulisan Buchanan, ramai merasakan bahawa ia hanyalah mitos daripada penulis buku itu.

Kemudian rakyat Malaysia dikejutkan apabila TS Ibrahim mendedahkan terdapat usaha menjadikan Pulau Pinang bandar Kristian dan disokong oleh hakikat terdapatnya simbol salib gergasi di sebuah bangunan setinggi 40 tingkat di Jelutong.

Walau bagaimanapun isu menjadikan Pulau Pinang bandar Kristian dicabar oleh Naib Presiden DAP, Dr Ariffin Omar ketika itu dengan soalan “Apa salahnya Pulau Pinang jadi bandar Kristian?”

Kemudiannya didapati terdapat agenda halus daripada pemimpin DAP yang kebanyakannya adalah penganut Kristian Evangelist yang diterjemahkan oleh sesetengah pihak sebagai mazhab ekstrem dalam agama Kristian.

Dakwaan ini dibuktikan oleh video yang dimuat naik oleh Ben Frankie Production dalam YouTube.

Video tersebut mendakwa hanya segelintir daripada kalangan rakyat Malaysia yang tahu bahawa DAP sememangnya sedang menggerakkan agenda untuk menukar agama rasmi negara iaitu Islam sebagaimana dimaktubkan dalam Perlembagaan Malaysia, kepada agama Kristian.

Video tersebut mendedahkan pengakuan pemimpin-pemimpin DAP terutamanya Pengerusi DAP, Lim Guan Eng@Joseph Lim Guan Eng yang telah memeluk agama Kristian ketika ditahan dalam Penjara Kajang pada 1998.

Pemimpin DAP yang lain ialah Anthony Loke Siew Fook yang kini adalah Setiausaha Agung DAP, Tony Pua Kiam Wee, Dr Ong Kian Ming dan Hannah Yeoh Tseow Suan.

Menurut Lim Guan Eng, dia bersama-sama dengan Anthony Loke dan Tony Pua sentiasa berbincang menyusun strategi untuk menukar agama rasmi negara kepada Kristian.

Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming pada 4 Feb 2014 telah mengeluarkan kenyataan bahawa “In my Church at SIBKL, we have been praying for a Christian Revival to take place in our country”.

Buku Hannah Yeoh bertajuk ‘Becoming Hannah’ yang telah dilancarkan pada 2015 juga telah membuktikan bahawa DAP secara halus sedang memperjuangkan rancangan mereka itu untuk merobah agama rasmi negara kepada Kristian.

Kesemua pemimpin tertinggi DAP ini tidak pernah menafikan agenda halus tersebut.

Isu ini juga selari dengan dakwaan Mohamed Razali Abdul Rahman, bekas Pengarah Strategik Hal Ehwal Orang Melayu-Islam DAP, yang mendedahkan bahawa DAP sedang mengatur perancangan untuk menjadikan negara ini sebuah negara Kristian. 

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: