PAS MAHU GUNAKAN LOGONYA SENDIRI TAPI GERAKAN RELA TIDAK BERTANDING KERANA MENOLAK LOGO PAS

Sebagaimana juga dalam PH, hakikatnya parti-parti dalam PN mahu mempertahankan superioriti dan dominasi masing-masing di negeri-negeri yang mereka pernah kuasai. Seperti di PRN Melaka tempoh hari, akar umbi PAS menolak kerjasama PAS dengan PPBM@Berstau kerana mereka sedar siapakah Muhyiddin sebenarnya. Selain itu PAS tidak mahu nanti Muhyiddin atau PN menuntut kuasa di Kedah Kelantan dan Terengganu, manakala Gerakan pula tidak mahu Muhyiddin dan PN menggangu dominasi mereka di Pulau Pinang.

SIAPA RACUN PERIUK NASI NELAYAN?

Komuniti nelayan yang terlibat telahpun mengemukakan memorandum kepada Ahli Parlimen PKR PP yang mendedahkan bahawa persetujuan yang diperolehi oleh kerajaan DAP PP hanyalah daripada nelayan sambilan dan nelayan yang telah bersara. Inilah antara penipuan kerajaan DAP PP terutamanya kepada para nelayan yang majoriti besarnya adalah kaum Melayu.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: