LOGO PN HANYA NAMA UNTUK KELIRUKAN PENGUNDI

Editorial

14 Julai 2022

Pada Mac lalu, kami telahpun mengkritik PN sebagai berlagak sahaja lebih tetapi hakikatnya logo pun tiada.

Kritikan kami adalah berdasarkan jenama Perikatan Nasional yang seperti mahu menipu pengundi apabila memaparkan nama dan warna gabungan yang hampir serupa dengan Barisan Nasional.

PN yang didominasi PPBM (Bersatu) hanyalah gabungan yang ditubuhkan secara adhoc (tergesa-gesa dan longgar) untuk menutup kelemahan PPBM yang merupakan parti ciput yang tiada kekuatan di Parlimen, sebaliknya hanya sekadar terdiri daripada ‘katak-katak politik’.

PPBM kini tenggelam punca kerana pada PRU15 nanti mereka tiada jentera parti dan akar umbi untuk menggerakkan kempen pilihan raya.

Bayangkanlah sekiranya kubu kuat Presiden PPBM sendiri di Pagoh sudah terbubar sebilangan besar Cawangannya, manakala banyak Bahagian di seluruh negara juga terbubar, bagaimanakah ia akan ‘survive’ pada PRU15 nanti. Tidak hairanlah sekiranya penganalisis optimis PPBM akan berkubur.

Kerana penubuhan PN bersifat adhoc itulah, maka penciptaan logo pun seperti kelam-kabut, tidak kreatif dan inovatif, hanya sekadar meletak nama dan kemudiannya diisytiharkan sebagai logo.

Logo PN seperti yang dipaparkan pada hakikatnya bukanlah logo, tetapi sekadar nama atau tekstual kosong sebagaimana yang tertera pada bendera dan sepanduk PN.

Definisi logo sebagaimana diterima pakai oleh mana-mana pereka grafik adalah simbol yang terdiri daripada teks dan imej unik dan mengandung makna mujarad (abstrak) yang memperkenal nama dan identiti sesebuah organisasi syarikat atau pertubuhan dengan reka bentuk yang unik dan tersendiri.

Logo yang baik mendukung nilai, martabat, maruah, kualiti, serta harga diri atau digniti pertubuhan.

Reka bentuk logo adalah meliputi ciptaan tanda jenama visual yang sempurna untuk mewakili sesebuah pertubuhan atau organisasi, bukan hanya sekadar nama atau singkatannya, sebaliknya lambang, simbol, slogan atau motto.

PAs sebagai rakan komponen terkuat dalam PN sendiri, tidak mahu menggunakan logo PN yang tiada nilai, martabat, digniti dan harga diri.

Lihatlah sahaja logo parti-parti politik lain yang mengandung simbol, elemen, reka bentuk seni atau imej visual yang membantu mengenali dan mengangkat identiti sesebuah pertubuhan dan mendukung nilai, maruah, kualiti, martabat dan harga diri, digniti, dan bukan sekadar nama yang kosong.

Namun perhatikanlah apa yang Muhyiddin dakwa sebagai logo PN!

Ia tiada motto, dan tiada simbol tetapi sekadar nama dan warna yang mengelirukan pengundi dan rakyat kerana cuba meniru identiti warna dan nama Barisan Nasional.

Tiada mana-mana dalam ciri logo yang didakwa oleh PN sebagai logonya. Jika ia sekadar tekstual nama kosong sahaja, maka ia bukan logo! (sila rujuk Korek, Bongkar, Dedah)

Hakikatnya PN sebenarnya tiada logo, atau dalam erti kata yang lain PN tiada lambang yang boleh mewakilinya sebagai mendukung nilai, maruah, martabat, kualiti, digniti dan harga diri parti itu, sebaliknya ia hanyalah sekadar nama kosong sahaja sebagaimana nama Mahiaddin yang boleh bertukar kepada Muhyiddin.

Sekurang-kurangnya nama seperti ‘Din Pagoh’ atau ‘Si Tompok’ lebih bermakna untuk dijadikan contoh nilai, martabat, kualiti dan harga diri.

Tiga hari lalu, tercetus dari mulut Muhyiddin sendiri bahawa PN akan mencipta logo baharu.

Setelah kalah teruk di PRN Melaka dan PRN Johor baharu sekarang mereka sedar tentang logo PN yang tiada identiti diri, apatah lagi soal maruah, nilai dan digniti.

Sebaliknya ia hanyalah jenama yang cuba menipu dan memperbodohkan pengundi kerana menjelmakan identitinya serupa dengan Barisan Nasional.

****

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: