GELI HATI APABILA PN GESA UMNO KEKALKAN PENYANDANG KERUSI PARLIMEN KATAK-KATAK POLITIK

Kebanyakan katak-katak politik ini sebelumnya adalah keldai-keldai Mahathir, yang meninggalkannya untuk bersama TS Muhyiddin Yassin, setelah mereka sedar rakyat membenci PH serta Perdana Menteri 22 bulannya. Mereka sanggup membiarkan Mahathir terkial-kial dengan hanya 4 ahli parlimen daripada 222 untuk kekal bersamanya, bagaikan ‘zombie’ atau bangkai hidup yang sedang mencari mangsa untuk kesinambungan hayat. Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim juga turut menggesa UMNO agar penyandang yang telah menang kerusi parlimen pada PRU14 dikekalkan atas tiket Bersatu dan tidak diganggu. Lantas adakah PAS akan membiarkan dan tidak akan mengganggu ahli parlimen atau ADUN Amanah yang telah menang pada PRU13 atas tiket PAS?

LOGO PN HANYA NAMA UNTUK KELIRUKAN PENGUNDI

Kritikan kami adalah berdasarkan jenama Perikatan Nasional yang seperti mahu menipu pengundi apabila memaparkan nama dan warna gabungan yang hampir serupa dengan Barisan Nasional. Kerana penubuhan PN bersifat adhoc itulah, maka penciptaan logo pun seperti kelam-kabut, tidak kreatif dan inovatif, hanya sekadar meletak nama dan kemudiannya diisytiharkan sebagai logo. Logo PN seperti yang dipaparkan pada hakikatnya bukanlah logo, tetapi sekadar nama atau tekstual kosong sebagaimana yang tertera pada bendera dan sepanduk PN.

PANDANGAN PEMIMPIN BERCANGGAH DENGAN PRESIDEN, BETULLAH JIKA ADA YANG KATA PAS PARTI CAP AYAM

Namun apa yang menjadi persoalan ialah tiada ketekalan pandangan antara Presiden PAS dan pemimpin bawahannya. Dengan DAP, PAS boleh bekerjasama selama 7 tahun, tetapi dengan sesama Islam seperti UMNO melalui MN, PAS hanya mampu bekerjasama selama setahun sahaja.

VIDEO – JIKA MUHYIDDIN MAHU SEKONGKOL DENGAN PH, BAIK BERSATU KELUAR DARI BLOK KERAJAAN

Lantas, baiklah Muhyiddin keluar sahaja daripada blok kerajaan sekarang, supaya mudah bagi PM Ismail Sabri untuk membubarkan parlimen dan mengisytiharkan PRU15. Keadaan pandemik Covid19 tidak akan berubah sampai bila-bila pun, tetapi trend jangkitan maut yang menurun boleh membuka ruang untuk PRU15. Lihat apa yang berlaku di Pakistan, Poland, Serbia, Rusia dan beberapa lagi. Malahan Singapura juga akan mengadakan PRU pada Julai 2020 ketika tertular pandemik Covid19.

MAT SABU SERANG TUAN IBRAHIM KERANA MENUNAIKAN UMRAH PADA MUSIM AIR NAIK

Tidakkah Mat Sabu juga berfikir bahawa Tuan Ibrahim ke Tanah Suci membawa bersama doa seorang pemimpin Islam agar negara dilindungi daripada terus diserang pelbagai bencana. Agak lucu apabila Mat Sabu mendakwa bahawa, soal banjir ialah soal air, dan soal air itu adalah tanggungjawab Menteri Alam Sekitar dan Air. Menambahkan polemik tersebut Mat Sabu juga cuba mengaitkan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob yang dikatakan penakut dalam mengeluarkan arahan kepada Kabinetnya terutama ketika negara dilanda bencana besar seperti tragedi banjir baru-baru ini. 

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: