PRN JOHOR PERLU SEGERA DIADAKAN UNTUK RAKYAT TENTUKAN MANDAT MEREKA

Editorial

14 Jan 2022

Kematian ADUN Kempas, Allahyarham Osman Sapian bukanlah faktor penting untuk mendesak PRN Johor kerana semasa beliau masih bernafas, kerajaan PN Johor hanya mempunyai kelebihan dua kerusi DUN berbanding PH iaitu 29-27.

Kini kedudukan menjadi 28-27. Komposisi 56 semasa kerusi DUN Johor mengikut parti, adalah seperti berikut:

DUN Johor menjadi lebih terancam apabila tersebar khabar angin bahawa ADUN Puteri Wangsa, Mazlan Bujang dilaporkan akan mengisytiharkan dirinya sebagai Adun Bebas.

Inilah antara faktor yang menjadikan DUN Johor tidak stabil di samping ugutan TS Muhyiddin untuk ‘menekan butang’ meninggalkan UMNO-BN yang akan mengubah kedudukan kerajaan pemerintah negeri Johor.

Lantas sekiranya berlaku PRN Johor, BN-UMNO lagi sekali akan berada dalam keadaan tersendiri dengan gelagat Bersatu yang tidak sedar bahawa majoriti kerusi DUN yang mereka miliki adalah pada hakikatnya milik tradisi UMNO-BN.

Rakyat yang telah ditipu dengan pelbagai janji palsu PH yang termasuk dalamnya Bersatu ketika Tun Mahathir berkuasa, harus diberikan peluang kedua untuk menetukan kedudukan mandat mereka.

PH bukan sahaja memberikan janji palsu, bahkan dalam kempen PRU14 mereka telah menabur pelbagai fitnah dan pembohongan dan setelah mereka berkuasa negara menjadi kucar-kacir dengan kemelut rebut kuasa antara Mahathir-Anwar.

Kebobrokan pemerintahan PH-DAP telah menyedarkan rakyat siapakah mereka ini sebenarnya.

Antara isu negara yang amat pedih untuk dihadam ialah pendirian PH yang kembali menyokong komunisme, menyokong aktivis pengganas antarabangsa LTTE dan gerakan untuk menghapuskan sistem Raja Berperlembagaan dan menggugat hak dan kedudukan Melayu-Bumiputera.

Pemimpin Pusat Bersatu telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka bersedia untuk menghadapi PRN Johor.

Namun Harian Metro hari ini, melaporkan Setiausaha Bersatu Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal, mengakui mereka tidak dimaklumkan mengenai PRN Johor, sedangkan di peringkat pusat DS Hamzah Zainuddin telah mengeluarkan kenyataan malam tadi kononnya Bersatu Johor sudah bersedia.

Pakatan Harapan (PH) pula yang telah kalah teruk di PRN Melaka dan yang terbaru di PRN Sarawak, lagi sekali terkapai-kapai apabila mengetahui kemungkinan PRN Johor akan diadakan tidak lama lagi.

Lantas PH menolak sebarang cadangan untuk diadakan PRN Johor kerana bimbang sekali lagi mereka akan kalah.

Walaupun kebanyakan negeri telah dilanda banjir di kawasan-kawasan tertentu, tetapi banjir yang melanda bukanlah sepanjang bulan dan tahun, ia hanyalah fenomena alam yang bermusim dan sekali-sekala.

Kadar pandemik Covid19 juga telah turun dan agak stabil, malah PRN Sarawak telah menunjukkan bahawa Sarawak tidak terjejas dengan Covid19.

Lantas PRN Johor pastinya tidak boleh menjadikan Covid19 sebagai alasan untuk menolak PRN Johor dalam masa terdekat.

Retorik membela rakyat yang dilanda banjir dan pandemik Covid19 hanyalah propaganda kosong PH.

Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Johor Liew Chin Tong dalam kenyataan bersama pemimpin PH yang lain memaklumkan, PH Johor sebulat suara memberi komitmen sepenuhnya dalam membela nasib rakyat, berbanding hal politik dan soal perebutan kuasa.

Ini bukan soal perebutan kuasa tetapi soal kestabilan politik bagi memudahkan gerakan dan tindakan kerajaan negeri untuk terus membela rakyat serta menentukan kestabilan ekonomi.

PRN Melaka dan Sarawak misalnya telah dengan jelas membentuk satu kestabilan politik dan inilah yang diperlukan untuk mengubah kemelut kestidakstabilan negara hari ini.

Kerajaan yang mendapat mandat rakyat dengan majoriti besar bukan dengan hanya satu dua kerusi DUN, mahupun kerusi Parlimen, tidak akan menggusarkan pelabur asing.

Lihatlah bagaimana beberapa gergasi pelabur asing telah lari ke Indonesia meninggalkan Malaysia, yang sudah pastinya membawa dampak yang amat terkesan kepada ekonomi Malaysia yang telah parah disebabkan salah tadbir kerajaan PH dan PN pimpinan Muhyiddin Yassin terdahulu.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: