UMNO-BN PENENTU KUASA PEMERINTAH KERAJAAN PERPADUAN

Dalam bahasa politik, BN-UMNO adalah ‘The King-Maker’ yang memadamkan dakwaan PAS sebelum ini, bahawa merekalah yang akan membawa fungsi sedemikian. UMNO khususnya telah membawa peranan ‘King -Maker bukan sahaja selepas PRU15, malah sebelumnya semasa kerajaan PH berkuasa di bawah kepimpinan Tun Mahathir yang diterjemahkan dan diperakui Tun sendiri bahawa dia adalah pemimpin ‘boneka’ DAP. Dalam kemelut masyarakat Melayu-Islam, ramai yang menterjemah DAP sebagai parti anti-Melayu-Islam, namun rakyat harus sedar bahawa legasi Lim Kit Siang sudah mula cair. Anthony Loke bukan Lim Guan Eng, anak pemimpjn cauvinis Cina Lim Kit Siang.

SATU TEMBAKAN MAUT PADA DADA DIN PAGOH APABILA NAIB PRESIDEN UMUM KELUAR PARTI

Ia satu tindakan yang akan mengalahkan batalian tentera di kubu pertahanan apabila Leftenan Jeneral yang dipercayai telah lari meninggalkan kubu pertahanan sebelum menembak dada Jeneral tepat di dada. Demikianlah analogi yang boleh digambarkan apabila Naib Presiden PPBM (Bersatu) Dtk Mohd Rafiq Naizamohideen telah mencanangkan bahawa dia akan keluar meninggalkan parti.  

ISU LCS HANYA SATU LAGI MODEL FITNAH PH UNTUK MENANG PRU15

Sebagaimana kempen PH sebelum PRU14, dengan pelbagai hasutan dan fitnah yang disebarkan melalui medsos, di samping mengadakan perhimpunan untuk menarik perhatian pengundi dan rakyat, maka begitulah apa yang tersirat dalam agenda membangkitkan isu pembinaan Kapal Kombat Pesisir (LCS) yang telah dimulakan sejak 2014 ketika BN berkuasa. Modus operandi mereka kali ini adalah memfitnah bahawa Kapal Kombat Pesisir (LCS) yang sedang dalam pembinaan Bousted Naval Shipyard hanyalah wujud dalam kertas, sebagaimana Lim Guan Eng melaksanakan projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang yang kini menjadi kes rasuah yang sedang dalam perbicaraan. Selagi PRU15 tidak diadakan segera, maka selagi itulah momentum fitnah dan pembohongan PH-DAP akan terus dilambakkan dalam media baik media arus perdana, mahupun media sosial.

KADIR KUTUK PEMBANGKANG YANG LAWAN SESAMA SENDIRI, TAPI BANYAK YANG DIA LUPA

Bagi Kadir, pemimpin tua telah menjadi liabiliti kepada parti mereka dan menghalang pemimpin muda yang berbakat untuk memimpin. Anehnya Kadir seperti lupa bagaimana pemimpin politik tertua negara yang juga idolanya, telah turun terhegeh-hegeh dan tercungap-cungap untuk turut serta berkempen meskipun dinasihati oleh pakar IJN supaya berehat.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: