PROTON ERA MAHATHIR ADALAH LIABILITI KEPADA NEGARA

Editorial

13 Jan 2022

Syarikat produksi kereta Proton pada era Tun Mahathir yang dilihat sebagai hebat dan agung hanyalah satu dogengan yang dicipta Mahathir dan konco-konconya.

Mereka tidak berpijak di bumi nyata, sebaliknya hanya mahu melampiaskan angan-angan manusia yang tidak kreatif dalam industri kereta apatah lagi soal ekonomi negara.

Bayangkanlah apabila model-model pengeluaran proton tidak laku dalam pasaran, maka Mahathir mewajibkan pegawai kerajaan yang membuat pinjaman kerajaan untuk membeli kereta hendaklah membeli kereta Proton.

Dia juga telah menaikkan cukai jualan untuk kereta import yang berganda jauh lebih berkualiti berbanding Proton yang pernah diklasifikasikan oleh pengkritik sebagai kereta ‘tin milo’.

Pada era Mahathir terlalu banyak campur tangan politik dalam strategi, pengurusan termasuk kakitangan dan model perniagaan Proton sehingga menyebabkan syarikat itu berdepan keadaan yang amat sukar dan tertekan.

Lihatlah kegilaan diktator itu dalam konsep model Proton pada era awal kewujudan produksinya, sehingga pereka model terpaksa masukkan simbul ‘M’ pada wajah Proton.

Adakah konsep ‘M’ itu ditafsirkan sebagai ‘Malaysia’ atau ‘Mahathir’?

Sungguh jelek kerana tiada mana-mana negara pengeluar kereta di dunia seperti Jepun cuba mereka cipta model dengan berkonsepkan huruf ‘J’ atau German dengan ‘G’.

Malahan Proton tidak menghasilkan pendapatan sebagaimana yang sepatutnya daripada GLC kerajaan, sebaliknya Proton menjadi liabiliti apabila saban kali mengharapkan suntikan dana untuk kelangsungan hayat syarikat itu.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamad pernah mengkritik Proton yang terlalu lama hidup dengan bantuan kerajaan dan beliau juga mendedahkan masalah Proton adalah kerana campur tangan orang politik, tanpa mahu menyebut Mahathir.

Dari tahun 1984 hingga 2017 kerajaan terpaksa dan telah menyuntik dana sebanyak RM15.3 bilion untuk selamatkan Proton.

Untuk tahun 2016 sahaja, kerajaan terpaksa menyuntik sebanyak RM1.25 bilion untuk Proton bayar hutang kepada vendor yang membekalkan komponen kereta-kereta keluaran Proton.

Dengan kata-kata lain sejak dari 1984 sehingga 2016, Proton bukan beroperasi di atas keuntungan syarikat tetapi di atas suntikan dana kerajaan.

Demikianlah tabiat Mahathir terhadap syarikat-syarikat gergasi kroninya seperti Maminco, Perwaja Steel, MAS. KL Monorel, Empangan Bakun dan banyak lagi.

Namun sebelum PH berkuasa, DS Najib telah berusaha mencari jalan agar Proton dapat bergerak sendiri tanpa dana suntikan kerajaan.

Semasa DS Najib berkuasa, pada 2017 Proton telah menjalinkan usahasama dengan Geely, untuk tidak lagi bergantung hayat kepada dana suntikan kerajaan sebagaimana amalan Mahathir sebelumnya.

Walau bagaimanapun setelah Mahathir memerintah semula bersama dengan PH-DAP, sebagaimana amalan lazimnya, dia telah berhutang beratus bilion kononnya negara hampir bankrap di bawah BN.

Pembohongan ini semua terbongkar setelah PH tumbang dan kemudiannya Proton kembali teguh dengan model yang tidak dikongkong rekaciptanya oleh pemikiran ketinggalan zaman yang jumud tentang rekabentuk model kereta kontemporari.

Pada penghujung 2019, negara dilanda wabak Covid-19, dan kerajaan Muhyiddin pula telah mengurung rakyat selama hampir 2 tahun melalui ‘total lockdown’ yang langsung tidak berkesan.

Situasi negara diburukkan lagi dengan Ordinan Darurat yang kononnya menjadi senjata mengekang Covid19.

Bayangkanlah apa akan jadi sekiranya Proton masih manja mengharapkan suntikan dana negara? Pastinya Proton akan terkubur begitu sahaja.

Lantas, di sinilah baharu terlihat kesan positif tindakan DS Najib yang telah menggerakkan usahasama Proton dengan Geely.

DS Najib yakin era kegemilangan Proton akan kembali selepas berakhirnya era campur tangan politik Tun Mahathir dalam syarikat pengeluar kereta nasional itu.

Malulah Mahathir sekiranya sekarang dia mahu menuntut kredit atas kejayaan Proton dengan model hebat kontemporarinya dan bukannya model ‘M’ yang amat menjelkelkan.

tapi konco-konco mahathir yang rabun masih melihat Mahathir sebagai tokoh yang hebat mengendalikan Proton dan terus menjaja dan berkompang bahawa Najib adalah ‘kleptokrat’ dan ‘penyamun’.

******

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: