Editorial
14 Januari 2022
Empat tahun dahulu, sebelum PH mengambil ahli tampuk pemerintahan negara, banyak media mencanangkan bahawa Malaysia adalah destinasi terbaik Asia bagi persara dan ekspatriat.
Sebagaimana dilaporkan oleh Bernama bertarikh 14 Januari 2018, Malaysia dalam ranking teratas sebagai destinasi persaraan yang paling ideal di Asia pada 2018, menurut Indeks Persaraan International Living.com.
Malahan Indeks itu, yang mengambil kira kriteria pertimbangan seperti kos sara hidup, penjagaan kesihatan dan iklim, meletakkan Malaysia di tempat kelima di dunia, manakala Costa Rica dinobatkan sebagai destinasi persaraan yang paling digemari di dunia.
Laman web berkenaan memuji Malaysia kerana iklim tropika dan pelbagai lokasi persaraan untuk dipilih, daripada bandar yang sibuk hingga ke pekan yang damai, di mana semuanya dikelilingi oleh alam semula jadi atau pantai yang cantik.
Ia menyatakan bahawa pesara boleh hidup selesa di sini dengan hanya AS$2,500 sebulan, yang merupakan sebahagian kecil daripada apa yang mereka perlukan berbanding dengan banyak negara lain.

Antara faktor utama tarikan ekspatriat dan pelancong ialah dasar Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) yang memudahkan pesara asing berpindah ke Malaysia.
Namun keadaan menjadi amat mendukacitakan apabila dasar MM2H telah dirobah oleh kerajaan ‘Gagal’ PN, selain mengenakan ‘total lockdown’ yang diparahkan lagi Ordinan Darurat yang mengurung rakyat selama dua tahun.
Ordinan Darurat dilaksanakan kononnya untuk menyekat pandemik Covid19, tetapi hakikatnya Malaysia tersenarai sebagai anatara 10 negara yang teruk dijangkiti mengikut kiraan per juta penduduk.

Malangnya bukan sahaja dasar ‘total lockdown’ PN serta Ordinan Darurat telah merosakkan nama baik Malaysia malah PN telah merobah dasar MM2H yang telah dimulakan pada era DS Najib di bawah pentadbiran kerajaan BN.
The Rakyat Post dengan merujuk kepada Ranking Living International, Malaysia kini bukan lagi pilihan ekspatriat antarabangsa.
Ranking Malaysia telah jatuh ke tangga ke-15 di peringkat dunia dan kedudukan Thailand jauh lebih baik berbanding Malaysia dan ia menjadi negara destinasi pelancong terbaik Asia untuk pesara.
Menurut laman berita ekspatriat ExpatGo, sebab utama Malaysia menjadi tidak mesra ekspatriat asing adalah kerana perubahan yang mengelirukan dan ketat terhadap dasar MM2H semasa PN berkuasa di bawah PM Muhyiddin Yassin.
Perubahan dasar MM2H PN berbanding dasar BN adalah seperti berikut:
• Pendapatan bulanan minimum meningkat kepada RM40,000 (300% peningkatan)
• Simpanan tetap minimum meningkat kepada RM1 juta (600% peningkatan)
• Keperluan kecairan minimum meningkat kepada RM1.5 juta (400% peningkatan)
- Yuran visa tahunan dinaikkan kepada RM500 (kenaikan 600%)
- Tempoh visa MM2H dikurangkan kepada 5 tahun (dari 10 tahun)
Bagaimanapun, selepas mendapat tindak balas daripada ekspatriat sedia ada dan beberapa kumpulan NGO, kerajaan telah bersetuju untuk menyemak semula keperluan tersebut.
Walaupun begitu, ekspatriat tidak lagi menaruh kepercayaan kepada kerajaan Malaysia, dengan ramai yang merancang untuk meninggalkan negara ini manakala ekspatriat berpotensi mencari destinasi lain selain Malaysia.
Namun, kerosakan yang dilakukan terhadap program dan reputasi antarabangsa Malaysia adalah ketara.
Beberapa ekspatriat yang sedia ada di Malaysia telah menyatakan bahawa tidak kira bagaimana semuanya berjalan lancar, kepercayaan yang mereka berikan kepada kerajaan Malaysia telah hilang.
Walaupun Kementerian Pelancongan mungkin tidak prihatin terhadap ekspatriat asing ini, sebenarnya kumpulan kecil ini menyuntik sejumlah besar wang kepada ekonomi negara di samping menarik pelaburan asing.
Ketidak stabilan politik juga menjadi satu daripada faktor yang menolak Malaysia sebagai destinasi pelancong dan ekspatriat.
Lihatlah kedudukan jumlah ahli parlimen kerajaan berbanding pembangkang, dan begitulah juga dengan situasi di Johor sekarang dengan kerajaan negeri 28 kerusi DUN dan pembangkang 27 kerusi DUN.
PRN Melaka telah sedikit sebayak mengubah situasi sedemikian, namun expatriat sudah tiada lagi percaya kepada Malaysia.

Lihatlah bagaimana beberapa syarikat mega telah lari berhijrah ke Indonesia dan negara jiran yang lain.
*****
Tinggalkan Jawapan