PARTI ‘MUDA’ ADALAH BALACI DAP, BUKAN UNTUK GENERASI MUDA

Patutlah pada hari penamaan calon Syed Saddiq dengan bersemangat menjadi pencadang kepada Liew Chin Tong, Pengerusi DAP Johor. Lihatlah bagaimana Lim Guan Eng memberi rangsangan kepada Syed Saddiq supaya menjadi peneraju di PRN Johor, sedangkan MUDA tiada jentera, tiada modal dan tiada akar umbi. Lihatlah pula bagaimana dia cuba menentang PKR di DUN Larkin sebagai tanda dia adalah proksi DAP yang kini tidak lagi sehaluan dengan PKR. Lihatlah pula calon MUDA di DUN Tenang, Lim Wei Jiet yang terang-terangnya merupakan pejuang anti-sistem Raja Berpelembagaan, pembela PGBT dan Etheis.

DAP BUKAN LAGI PILIHAN UTAMA KAUM CINA

Terdapat ahli perniagaan dan masyarakat Cina yang tidak dilayan dengan baik oleh DAP selama 22 bulan PH memerintah. Mereka kini membandingkan pemerintahan PH, dan bersetuju bahawa BN jauh lebih baik. Sebelumnya DAP yakin perletakkan jawatan Mahathir tidak mengubah sokongan rakyat sebagaimana yang ditunjukkan oleh keputusan PRU14. Malangnya PRN Sabah, Melaka dan Sarawak telah menunjukkan bahawa masyarakat Cina sudah membina kecenderungan yang negatif terhadap DAP.

SADDIQ HANYA JADIKAN CALON MUDA SEBAGAI TIKUS EKSPERIMEN

Saddiq seperti cuba bereksperimen dengan menjadikan calon-calonnya sebagai tikus-tikus makmal untuk dikorbankan dan melihat sejauh mana formula sokongan generasi muda terhadapnya. Namun Saddiq lupa bahawa bukan semua pengundi di PRN Johor terdiri daripada 'generasi muda’ Hakikatnya Saddiq sedar dia akan kalah, malahan MUDA hakikatnya sebagaimana didakwa oleh pemimpin PKR Johor, “MUDA tidak mempunyai jentera dan dan akar umbi.” Apatah lagi adalah 'kluster mahkamah sebagaimana mahu ditentang oleh Muhyiddin dan Mahathir.

PRN JOHOR PERLU SEGERA DIADAKAN UNTUK RAKYAT TENTUKAN MANDAT MEREKA

PRN Johor bukan soal perebutan kuasa tetapi soal kestabilan politik bagi memudahkan gerakan dan tindakan kerajaan negeri untuk terus membela rakyat serta menentukan kestabilan ekonomi. PRN Melaka dan Sarawak misalnya telah dengan jelas membentuk satu kestabilan politik dan inilah yang diperlukan untuk mengubah kemelut kestidakstabilan negara hari ini. Lihatlah bagaimana beberapa gergasi pelabur asing telah lari ke Indonesia meninggalkan Malaysia, yang sudah pastinya membawa dampak yang amat terkesan kepada ekonomi Malaysia yang telah parah disebabkan salah tadbir kerajaan PH dan PN pimpinan Muhyiddin Yassin terdahulu.

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: