Di saat-saat menjelangnya PRN Johor, masih ada yang sanggup meninggalkan parti Bersatu kerana tidak yakin dengan kepimpinan Bersatu negeri serta presiden parti. Tindakan Mazlan adalah suatu kemaluan besar terhadap Muhyiddin Yassin yang selama ini ego dan berpura-pura bahawa partinya teguh dan kukuh untuk menghadapi PRN Johor. Di tengah-tengah keriuhan parti-parti lain cuba mempengaruhi pengundi, Bersatu menjadi kebencian ahli sendiri, kerana sikap presiden yang tidak menghormati kepimpinan Bersatu negeri, sebagaimana didakwa oleh Mazlan.
PH DAN BERSATU AMAT TAKUT PADA PRN JOHOR
PRN Johor penting untuk memastikan kestabilan pentadbiran kerajaan negeri, sama seperti situasi di Melaka sebelum PRN Melaka dilaksanakan. Kematian Allahyarham YB Osman Sapian, ADUN Kempas, telah menjadikan kerajaan Johor amat tidak stabil, malah semasa beliau masih hidup, TS Muhyiddin pernah mengugut untuk ‘menekan butang’ pada bila-bila masa sahaja agar kerajaan negeri yang lemah dalam konteks suara majoriti pemerintah itu boleh terbubar. Lucunya PH telah merayu supaya PRN Johor tidak diadakan, meskipun dikatakan telah direstui oleh pihak Istana Johor.
PRN JOHOR PERLU SEGERA DIADAKAN UNTUK RAKYAT TENTUKAN MANDAT MEREKA
PRN Johor bukan soal perebutan kuasa tetapi soal kestabilan politik bagi memudahkan gerakan dan tindakan kerajaan negeri untuk terus membela rakyat serta menentukan kestabilan ekonomi. PRN Melaka dan Sarawak misalnya telah dengan jelas membentuk satu kestabilan politik dan inilah yang diperlukan untuk mengubah kemelut kestidakstabilan negara hari ini. Lihatlah bagaimana beberapa gergasi pelabur asing telah lari ke Indonesia meninggalkan Malaysia, yang sudah pastinya membawa dampak yang amat terkesan kepada ekonomi Malaysia yang telah parah disebabkan salah tadbir kerajaan PH dan PN pimpinan Muhyiddin Yassin terdahulu.
MAHATHIR PUTAR-BELIT TENTANG FOREST CITY UNTUK MENUTUP SKANDAL PULAU BATU PUTIH
Memetik laporan Bernama pada 1999, projek JB Waterfront City yang dirasmikan oleh Dr Mahathir sendiri akan membangunkan 41 blok bangunan komersial termasuk lima menara pejabat berketinggian 30 hingga 40 tingkat, tiga hotel dan sebuah pusat konvensyen berkapasiti 5,000 orang. Projek berkeluasan 118 ekar dengan kos pembangunan RM6 bilion itu lapor Bernama akan menjadikan kawasan berkenaan sebagai tapak pembangunan atas laut terbesar di dunia apabila ia siap. Lantas, siapakah Mahathir yang mahu mengkritik projek Forest City? Berbanding dengan Forest City, projek pulau tambak laut DAP itu adalah jauh lebih besar daripada projek Forest City apabila ia meliputi kawasan seluas 4500 ekar berbanding Forest City hanya seluas 3425 ekar. Mengapa Mahathir tidak bising apabila projek DAP itu hanya mampu dibeli oleh warga kapitalis Hong Kong, Singapura dan China, sedangkan rakyat Melayu Pulau Pinang terhimpit dengan kos sara hidup yang mahal dan ramai telah berhijrah ke Kedah?