AKHIRNYA MUHYIDDIN DITAHAN SPRM JUGA

Jika tuduhan terhadap Muhyiddin Yassin adalah dakwaan terpilih, mengapakah mereka tidak persoalkan siapakah PM yang berkuasa sekarang? Adakah DS Anwar Ibrahim merupakan pemimpin UMNO? Lihat sahaja kes TS Shahril Samad, apabila bekas Peguam Negara, Tommy Thomas sendiri telah memperakui bahawa dakwaan terhadap Shahril adalah tergesa-gesa dan tidak signifikan. Kemudian Rakyat terkejut apabila Ahli Parlimen Sabah, Rozman Isli dalam afidavitnya di mahkamah telah mencatatkan bahawa beliau telah diugut oleh orang-orang Muhyiddin Yassin supaya melompat parti jika tidak mahu didakwa di mahkamah.

KERTAS PANDORA AKAN BONGKAR RASUAH BAPA JERUNG NEGARA

Lantas dalam isu Kertas Pandora yang telah dibangkitkan oleh DS Anwar Ibrahim pada 2021 dan diulangi ketika Tun Mahathir hilang kuasa sebagai PM Ke-7, adalah suatu pembongkaran terhadap salah laku dan rasuah pemimpin besar yang selama ini disembunyikan dengan kerjasama konco-konco dan balaci mereka. Antara kedurjanaan yang terkandung dalam kertas Pandora tersebut ialah kes salah guna kuasa, skandal kewangan dan pengubahan wang haram yang bernilai berbilion ringgit oleh jerung-jerung yang berkuasa mengawal ‘orang kuat Bank Negara’, SPRM dan pelbagai institusi keselamatan negara pada era yang telah berlalu.

TUN MAHATHIR ADALAH PUNCA KEMELUT POLITIK NEGARA

Bagi pandangan umum ia adalah satu kemelut politik yang amat menjengkelkan apabila ekonomi negara terkesan dengan bursa saham yang jatuh merudum serta pelabur asing yang ‘lari’ ke negara jiran seperti Indonesia, Thailand, dan Vietnam yang diterjemahkan sebagai lebih stabil dari aspek politik. Namun apa yang memperkukuhkan titah baginda DYMM SPB Yang diPetuan Agong serta persepsi rakyat ialah tindakan Mahathir meninggalkan parti Pejuang yang kononnya ditubuhkan untuk membela kaum Melayu-Peribumi serta agama Islam.

UMNO-BN PENENTU KUASA PEMERINTAH KERAJAAN PERPADUAN

Dalam bahasa politik, BN-UMNO adalah ‘The King-Maker’ yang memadamkan dakwaan PAS sebelum ini, bahawa merekalah yang akan membawa fungsi sedemikian. UMNO khususnya telah membawa peranan ‘King -Maker bukan sahaja selepas PRU15, malah sebelumnya semasa kerajaan PH berkuasa di bawah kepimpinan Tun Mahathir yang diterjemahkan dan diperakui Tun sendiri bahawa dia adalah pemimpin ‘boneka’ DAP. Dalam kemelut masyarakat Melayu-Islam, ramai yang menterjemah DAP sebagai parti anti-Melayu-Islam, namun rakyat harus sedar bahawa legasi Lim Kit Siang sudah mula cair. Anthony Loke bukan Lim Guan Eng, anak pemimpjn cauvinis Cina Lim Kit Siang.

MAHATHIR DAKWA UMNO AKAN TERKUBUR, TETAPI PETAI SUDAHPUN DIMASUKKAN DALAM KERANDA

Mahathir sedar bahawa PETAI hanyalah parti ‘zombie’ atau bangkai hidup, lantas dia terpaksa pula menubuhkan gagasan Gerakan Tanah Air (GATAI). Dia juga amat sedar bahawa PETAI hanya ada 4 ahli parlimen sahaja daripada 222 ahli parlimen seluruh negara sedangkan UMNO memiliki 54 setelah difitnah dan diasak dengan janji palsu dalam kempen PRU14. GATAI akan menjadi lubuk bagi katak-katak politik yang tidak ada lagi kekuatan di parlimen yang mereka menang pada PRU14. Hakikatnya PETAI atau GATAI tidak ada akar umbi, sedangkan UMNO lebih bersemangat apabila Najib dipenjara bukan kerana dia bersalah, tetapi kerana konspirasi politik Mahathir. Seperkara lagi, Mahathir nampaknya terkejut apabila Ratu Elizabeth II Great Britain (96 tahun) yang beza usia setahun darinya telah meninggal dunia, sedangkan jangka hayat sihat rakyat Malaysia hanyalah 65 tahun. Mahathir kini sudah berusia 97 tahun.

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: