VIDEO – TAMPARAN LIBAS KE MUKA MUHYIDDIN APABILA KETUA BERSATU MELAKA LETAK JAWATAN

Editorial

26 Nov 2021

Di tengah-tengah kemelut Muhyiddin mencari alasan untuk menutup kelemahan PN-Bersatu sehingga kalah teruk di PRN Melaka, tiba-tiba Ketua Bersatu dan Pengerusi PN, Mohd Rafiq Naizamohideen meletakkan jawatannya berkuat-kuasa serta-merta.

Rasa hormat untuk berbincang terlebih dahulu dengan Muhyiddin tiada lagi dalam minda Rafiq yang juga diserang dengan paranoia kekalahannya di PRN Melaka.

Alasan yang diberikan adalah untuk menumpukan perhatian kepada Parlimen Melaka dan membuka jalan kepada lapisan muda, adalah sesuatu yang tidak logik.

Umurnya masih 35 tahun, dan dia dikategorikan sebagai golongan muda, dan masih dalam kumpulan ARMADA Bersatu, dan adakah dia akan dicalonkan untuk kerusi parlimen sedangkan ramai ahli Bersatu yang menolaknya.

Lantas apa maknanya untuk melepaskan jawatan kepada golongan muda?

Tidak lain lagi yang akan dijadikan polemik pihak pemerhati dan penganalisis politik selain daripada kegagalan Rafiq menjalankan tugasnya sebagai Pengerusi PN dan Ketua Bersatu yang membawa kepada kekalahan teruk PN-Bersatu, manakala PAS dan Gerakan langsung tidak menang apa-apa.

Pencalonan Mas Ermieyati sebagai Ketua Menteri Melaka, juga telah membangkitkan spekulasi terhadap rasa marah Mohd Rafiq terhadap Muhyiddin.

Selain itu, peletakan jawatan Mohd Rafiq juga merupakan satu referendum kepada Muhyiddin Yassin tentang penolakan rakyat khususnya di Melaka terhadap kepimpinannya.

Bersatu yang mendominasi PN telah bertanding 15 kerusi DUN, PAS 8, manakla Gerakan 5. Sebagai pengganggu untuk memecahkan undi Melayu, Bersatu hanya mampu memenangi 2 kerusi sahaja.

Segala kempen hebat dengan paparan wajah Muhyiddin pada poster yang terpacak di seluruh Melaka hanyalah gimik grafik politik semata-mata yang tidak memberi kesan, sebaliknya memburukkan lagi wajah PN-Bersatu.

Lantas kekalahan PN-Bersatu kini menjadi paranoia kepada ahli-ahli Bersatu serta pemimpin mereka.

Malahan sebelum PRN lagi berpuluh ahli Bersatu telah keluar meninggalkan parti yang dilihat sebagai satu demerit kepada Bersatu yang hakikatnya tiada akar umbi di Melaka.

Polemik sokongan PAS kepada PN tidak membawa kesan kepada BN-UMNO yang telah membuktikan kemenangan dengan majoriti 2/3.

Paranoia ini jugalah yang dilihat menyerang Mohd Rafiq sehingga dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN dan Ketua Bersatu Melaka.

Apakah dia mempunyai muslihat psikologi untuk mendapatkan tiket pencalonan bagi PRU15 sebagai calon Parlimen?

Perkara ini juga menimbulkan satu lagi polemik kerana ahli-ahli Bersatu pada hakikatnya tidak suka kepada Rafiq.

******

Tinggalkan komen

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑