VIDEO -SYABAS NIK ABDUH KERANA BERANI MENENTANG KEPURA-PURAAN

Editorial

25 Nov 2021

Tersebar semalam apabila Nik Abduh Nik Aziz mencanangkan bahawa Muafakat Nasional adalah perjanjian politik terbaik yang menggabungkan dua parti Melayu-Islam terbesar Malaysia.

Kenyataan Nik Abduh seperti menidakkan kewajaran kerjasama PAS dengan Bersatu yang merupakan parti picisan yang tidak signifikan sebagaimana terbukti di PRN Melaka. Malah Bersatulah parti yang bersubahat dengan PH-DAP untuk meratifikasikan ICERD.

PAS juga harus sedar bahawa parti Bersatu yang mendominasi PN itu sedang nazak di Pagoh tempat Presidennya menempah kerjaya politik sebelum meninggalkan UMNO. Malahan banyak bahagian Bersatu di seluruh negara telah dibubarkan.

Bersatu di PRN Melaka juga hanya mampu memenangi 2 kerusi. Itupun ramai pemerhati sedang menilai kejayaan Bersatu di DUN Sungai Udang kerana kemenangannya lebih merupakan sokongan undi awal anggota tentera.

Kekalahan teruk PN yang mempertaruhkan 28 calon, tetapi hanya menang 2 kerusi DUN sahaja, manakala PAS tidak memenangi apa-apa daripada 7 kerusi yang dipertandingkan sewajarnya adalah satu pengajaran buat PAS.

PAS nampaknya seperti tertipu dengan keyakinan mereka terhadap Bersatu-Muhyiddin seakan-akan gagal memilih antara permata dan kaca.

Ke manakah perginya perjanjian Muafakat Nasional pada 2019 tempoh hari yang turut disimbah air mata ummah?

Sekiranya PAS sekeras-kerasnya menolak kerjasama dengan Amanah kerana Amanah dilahirkan untuk menjatuhkan PAS, maka PAS hendaklah juga memahami mengapa UMNO tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu kerana Bersatu adalah cetusan idea Lim Kit Siang yang dilahirkan untuk membunuh UMNO.

Syabas Nik Abduh kerana berani menghujahkan bahawa, “Sebaik-baik perjanjian politik termeterai sejak berpuluh tahun adalah di Himpunan Perpaduan Ummah (HPU) yang membentuk Muafakat Nasional (MN) antara Umno dan PAS.

PAS harus sedar bahawa Bersatu-Muhyiddin adalah parti yang telah mengkhianati kerajaan PH dan kini mereka tampil dengan ikhsan UMNO, tetapi agenda tersembunyi mereka adalah untuk mengkhianati UMNO pula sebagaimana mereka mengkhianati PH-Mahathir.

Kata Nik Abduh, “Muafakat Nasional adalah perjanjian diberkati Allah dengan serta-merta dan menyatukan dua kumpulan besar umat Islam bertelagah sejak puluhan tahun.

“Ia meruntuh segala marak kemarahan dan dendam, lalu terbina di atasnya rahmat dan kasih sayang sesama umat,” katanya dalam hantaran Facebook.

Tidakkah PAS serik melompat dari kerjasama dengan parti kafir harbi DAP kemudian kepada pengkhianat seperti Bersatu, dan selepas ini akan tersedar pula bahawa mereka tersalah memilih jajaran bersama Bersatu?

Ingatlah kebencian PAS bukan kepada UMNO, sebaliknya kepada pemimpin nepotisme, kronisme dan kleptokrasi yang bijak membolot kekayaan negara untuk dirinya dan anak-anaknya.

Lihatlah pendedahan media gergasi dunia MSN tentang kleptokrat terkaya dunia.

PAS juga harus ingat bahawa Bersatu berada bersama-sama dengan PH ketika mereka menang PRU14. Rakyat tidak akan lupa pembohongan DAP-Bersatu-PH, fitnah, janji palsu, manifesto kertas tisu tandas, dan pelbagai kegenjotan mereka dalam pentadbiran selama 22 bulan.

Lihatlah kerjasama PAS dan UMNO pada 7 PRK yang membawa kejayaan bersama.

PAS juga harus bertanya di manakah Muhyiddin dan Bersatu ketika hampir 2 juta rakyat Melayu-Islam berkumpul di kota Kuala Lumpur untuk menentang ratifikasi ICERD.

Bersatu adalah antara parti yang bersama-sama dengan PH-DAP mengesyorkan supaya ICERD diratifikasikan.

Dengan ratifikasi ICERD itu, kedudukan Raja-Raja Melayu akan hilang, kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi negara juga akan cair, apatah lagi keistimewaan yang diberikan kepada kaum Melayu-Bumiputera akan terpadam begitu sahaja.

*****

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: