VIDEO – TAMPARAN LIBAS KE MUKA MUHYIDDIN APABILA KETUA BERSATU MELAKA LETAK JAWATAN

Rasa hormat untuk berbincang terlebih dahulu dengan Muhyiddin tiada lagi dalam minda Rafiq yang juga diserang dengan paranoia kekalahannya di PRN Melaka. Pencalonan Mas Ermieyati sebagai Ketua Menteri Melaka, juga telah membangkitkan spekulasi terhadap rasa marah Mohd Rafiq terhadap Muhyiddin. Malahan terdapat juga naratif yang mengatakan bahawa ahli Bersatu Melaka, sememangnya tidak suka kepada Rafiq. Selain itu, peletakan jawatan Mohd Rafiq juga merupakan satu referendum kepada Muhyiddin Yassin tentang penolakan rakyat khususnya di Melaka terhadap kepimpinannya.

PH-PN MASIH PURA-PURA TIDAK FAHAM KENAPA PENGUNDI MELAKA TOLAK MEREKA

Lantas pelbagai pandangan mula terhambur daripada media arus perdana dan media picisan, serta penganalisis untuk menyatakan pandangan masing-masing mengapakah PH dan PN kalah teruk. Namun apa yang diperhatikan, mereka seakan-akan lupa pada kemarahan rakyat dan pengundi Melaka tentang pembohongan, janji palsu, fitnah, serta kegenjotan pemerintahan PH selama 22 bulan mereka berkuasa. Cubalah kembali merasai perasaan kecewa rakyat dan pengundi ketika PH menipu, membohongi, memfitnah dan menabur janji-jani palsu kepada rakyat dan pengundi. Frasa “Janganlah hendak memperbodohkan dan menipu rakyat lagi”, telah kekal menjadi klise luahan hati pengundi Melaka, malahan seluruh negara.

MAHU KETUA MENTERI WANITA- ITU PENANDA KEKALAHAN PN

Kedudukan Mas Ermieyati sendiri dalam kabinet PM DS Ismail Sabri Yaakob dilihat tidak relevan, bagaimanakah dia sebagai Timbalan Menteri Undang-Undang, mahu pula diangkat sebagai Ketua Menteri? Tidakkah ia mencabuli norma yang ada dalam pelantikan kabinet. Tiada perkataan lain yang boleh diberikan kecuali ‘tamak haloba’ sekiranya Mas Ermieyati sendiri tidak menolak pencalonannya. Dia adalah ahli parlimen, sekarang mahu jadi ADUN pula, dia juga adalah Timbalan Menteri dan sekarang menonong menonjol-nonjolkan diri untuk dilantik sebagai Ketua Menteri pula.

(Video) TOMMY THOMAS MENEGAKKAN UNDANG-UNDANG ATAU MEMBELA PENGGANAS?

TINDAKAN Peguam Negara, Tommy Thomas menghentikan serta-merta proceeding mahkamah terhadap kes 12 individu India atas tuduhan penglibatan mereka dengan aktiviti pengganas petubuhan Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LTTE), telah mendapat reaksi negatif daripada pelbagai pihak. LTTE telah diharamkan di 32 buah negara di seluruh dunia setelah Amerika Syarikat mengklasifikasikannya sebagai pertubuhan pengganas antarabangsa. Pada 20 April 2009,... Continue Reading →

WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: