Rasa hormat untuk berbincang terlebih dahulu dengan Muhyiddin tiada lagi dalam minda Rafiq yang juga diserang dengan paranoia kekalahannya di PRN Melaka. Pencalonan Mas Ermieyati sebagai Ketua Menteri Melaka, juga telah membangkitkan spekulasi terhadap rasa marah Mohd Rafiq terhadap Muhyiddin. Malahan terdapat juga naratif yang mengatakan bahawa ahli Bersatu Melaka, sememangnya tidak suka kepada Rafiq. Selain itu, peletakan jawatan Mohd Rafiq juga merupakan satu referendum kepada Muhyiddin Yassin tentang penolakan rakyat khususnya di Melaka terhadap kepimpinannya.
ISU ANUGERAH HARTANAH KERAJAAN KEPADA NAJIB HANYA PROPAGANDA PH TARIK UNDI PRN MELAKA
Nampak sangat serangan Tun Mahathir dua hari sebelum PRN Melaka, adalah merupakan strategi beliau untuk mengubah sokongan pengundi PRN Melaka kepada BN-UMNO dan memenangkan pihak Bersatu atau tidak pun PH, asalkan bukan BN-UMNO. Malahan nilai RM100 juta hartanah itu hanyalah rekaan portal berita propembangkang. Tapi nampaknya strategi orang tua itu gagal kerana, rakyat menolak PH-Bersatu-PN kerana terdapat persoalan yang lebih besar lagi daripada isu hartanah anugerah kepada bekas PM.
MUHYIDDIN PENGKHIANAT DALAM PRN MELAKA – MAT SABU
Oleh itu Mat Sabu yakin bahawa kekalahan PH bukan disebabkan oleh BN yang hanya kekal dengan jumlah undi mereka, tetapi larinya undi akibat pengkhianatan (Presiden Bersatu) Muhyiddin Yassin dan kumpulannya. Lantas perlulah disimpulkan bahawa pendirian BN-UMNO untuk tidak bekerjasama dengan Bersatu adalah tepat sekali kerana bekerjasama dengan manusia pengkhianat adalah amat berbahaya.
ANWAR DAN AZMIN PERLU UNDUR DIRI
Terkini, pemimpin dalam kalangan DAP sendiri, kini mahu Anwar berundur sebagai Ketua Pembangkang. Rekod buruk moral Anwar yang keras dinafikan oleh pemimpin PKR, sehingga menyebabkan pemimpin PKR itu dipenjarakan, adalah faktor utama penolakan kaum Melayu terhadap PKR-Anwar. Selain itu pegangan fahaman Anwar yang dikaitkan dengan pluralisme agama, liberalisme sosial-LGBT, dan kebebasan murtad adalah antara faktor yang amat menakutkan kaum Melayu-Islam. Azmin Ali selaku Pengarah Pilihan Raya PN, juga turut sama memalukan pihak PN-Bersatu kerana mereka telah bertanding 28 kerusi tetapi hanya memenangi dua kerusi sahaja. Ia diterjemahkan sebagai kekalahan teruk!
PH-PN MASIH PURA-PURA TIDAK FAHAM KENAPA PENGUNDI MELAKA TOLAK MEREKA
Lantas pelbagai pandangan mula terhambur daripada media arus perdana dan media picisan, serta penganalisis untuk menyatakan pandangan masing-masing mengapakah PH dan PN kalah teruk. Namun apa yang diperhatikan, mereka seakan-akan lupa pada kemarahan rakyat dan pengundi Melaka tentang pembohongan, janji palsu, fitnah, serta kegenjotan pemerintahan PH selama 22 bulan mereka berkuasa. Cubalah kembali merasai perasaan kecewa rakyat dan pengundi ketika PH menipu, membohongi, memfitnah dan menabur janji-jani palsu kepada rakyat dan pengundi. Frasa “Janganlah hendak memperbodohkan dan menipu rakyat lagi”, telah kekal menjadi klise luahan hati pengundi Melaka, malahan seluruh negara.