HINA DS NAJIB ‘BANDUAN’, TUN MAHATHIR JAHIL UNDANG-UNDANG

Editorial

26 Nov 2021

Kami suka menyisipkan artikel daripada Sinar Harian bagi menjelaskan kejahilan Tun Mahathir tentang undang-undang, sehingga menjaja nama DS Najib sebagai ‘banduan’.

Sisipan artikel ini adalah wacana daripada tulisan Dr Kamarul Zaman Yusoff, Pensyarah Kanan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagaimana berikut.

Terbaharu, Dr Mahathir menyerang Najib menerusi tulisan yang dimuat naik di Facebook miliknya, bertajuk ‘The Rule of Law’ mempersoalkan mengapa Najib tidak menjalani hukuman penjara dan denda walaupun dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, pertikaian Dr Mahathir itu menunjukkan beliau naif atau tidak mahir berkaitan undang-undang.

“Dr Mahathir suka bercakap mengenai semua perkara, termasuk perkara yang beliau tidak mahir seperti undang-undang dan agama.

“Isu Najib tidak menjalani hukuman penjara dan denda setelah dijatuhkan hukuman, bukan semata-mata kerana telah membuat rayuan.

“Bawah Seksyen 311 Kanun Prosedur Jenayah terdapat Seksyen 311 iaitu ‘penggantungan pelaksanaan sementara menantikan rayuan’,” katanya.

Menurutnya, klausa terbabit menyebut, mahkamah bawahan atau hakim boleh menangguhkan pelaksanaan mana-mana penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman sementara menantikan rayuan dengan syarat-syarat mengenai jaminan membayar wang atau melaksanakan atau tidak apa-apa perbuatan atau pengenaan apa-apa hukuman yang dijatuhkan dalam penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman sebagaimana difikirkan munasabah.

“Dr Mahathir menulis apabila seseorang didapati bersalah, beliau bersalah sehingga Mahkamah Rayuan memutuskan beliau tidak bersalah tetapi Mahkamah Rayuan belum memutuskan Najib tidak bersalah. Oleh itu, beliau bersalah dan perlu menjalani hukuman. Tetapi beliau dilayan seperti orang tidak bersalah, tidak bayar denda atau dipenjara.

“Dr Mahathir turut menulis atas asas apa keistimewaan diberikan kepada Najib bila ia tidak diberikan kepada Anwar atau pesalah lain, jelas peraturan undang-undang tidak dikenakan sama rata antara mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, Kamarul Zaman berkata, berdasarkan asas diberikan dalam permohonan peguam Najib, Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali memberikan penggantungan pelaksanaan kepada beliau pada 28 Julai 2020.

“Perkara sama ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara lima tahun atas pertuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau, Mohd Saiful Bukhari Azlan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac 2014, peguam Anwar juga mohon diberikan penggantungan pelaksanaan,” katanya.

Menurutnya, oleh kerana permohonan Anwar diterima, Anwar bebas walaupun setelah dijatuhkan hukuman dan hanya menjalani hukuman setelah hukuman itu dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015.

“Oleh itu, apa yang berbeza dalam layanan terhadap Anwar dan Najib? Ramai lagi diberikan penggantungan pelaksanaan ini.

“Dr Mahathir perlu rujuk Kanun Prosedur Jenayah sebelum komen. Konsep ‘penggantungan pelaksanaan sementara menantikan rayuan’ ada dalam kanun tersebut dan diguna pakai sekian lama yang mana mahkamah bawahan atau hakim diberikan kuasa budi bicara menangguhkan pelaksanaan mana-mana penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman sementara menantikan rayuan berdasarkan keadaan istimewa dikemukakan pemohon,” katanya.

Kamarul Zaman menegaskan, dalam kes Najib, Hakim Datuk Nazlan memutuskan pihak pembelaan berjaya membuktikan keadaan istimewa untuk menangguhkan hukuman penjara dan denda RM210 juta terhadap Najib walaupun pihak pendakwaan membantah permohonan tersebut.

“Pemberian penggantungan pelaksanaan kepada Najib diimbangi beberapa syarat ketat iaitu jumlah ikat jamin ditambah RM1 juta dengan dua penjamin dan dikehendaki melapor diri ke balai polis terdekat setiap bulan.

“Mempersoalkan pemberian penggantungan pelaksanaan ini seolah-olah mempersoalkan kuasa budi bicara mahkamah bawahan atau hakim, selain mempertikaikan integriti dan kebebasan badan kehakiman. Ia tidak sepatutnya ditimbulkan oleh Dr Mahathir,” katanya lagi.

Menurutnya, Anwar pernah dijatuhkan hukuman enam tahun penjara atas empat tuduhan rasuah oleh Hakim Paul Augustine pada 4 April 1999 dan menjalani hukuman, ini kerana hakim menolak permohonan pihak pembelaan bagi mendapatkan penggantungan pelaksanaan.

“Adalah tidak wajar cuba mengelirukan rakyat dengan menyatakan seseorang yang didapati bersalah secara automatik perlu menjalani hukuman sehingga Mahkamah Rayuan memutuskan beliau tidak bersalah, sedangkan ini bercanggah dengan konsep ‘rule of law’ sebenar.

“Sekiranya individu lain diberikan penggantungan pelaksanaan, mengapa kebenaran kepada Najib dipersoalkan sebagai suatu keistimewaan,” katanya.

-Dimuat turun daripada Sinar Harian

******

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Website Built with WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: